Thursday 16 February 2012

Selamat Berjihad Ayah!

Alhamdulillah...

Hari ini Khamis, 16hb Februari 2012, secara rasminya Ayah berjaya memulakan langkah pertamanya untuk merialisasikan impiannya berjihad dalam bidang ilmu. Impian yang ter'tunda' sejak 2007 akibat bayak permasalahan esp kewangan + birokrasi wpun surat tawaran belajar sudah jelas ditangan.

Alhamdulillah berkat kesabaran dan kesungguhan Ayah dan rakan2nya yang ingin sama2 memajukan diri, mereka berjaya menjadi warga kampus di selatan tanahair. Bukan setakat diterima menjadi siswa malahan mendapat pembiayaan kewangan juga... alhamdulillah alhamdulillah..alhamdulillah.. sesungguhnya perancangan Allah sememangnya yang terbaik untuk hamba-Nya yang sabar dan berusaha.

Kami berdoa mudah2han Ayah dan rakan-rakannya diberikan kekuatan, kesabaran, kemudahan dan keberkatan dalam menimba ilmu.. sehingga berjaya menamatkan pengajian dengan kejayaan.. aminnnn Ya Allah..

No comments: