Tuesday 11 January 2011

11.1.11

Tarikh arini cantik.. 5 batang terpacak dengan megahnya.. tp napelah idea arini kureng cantik..

Ya Allah berilah kami idea dan ilham untuk menulis.. jauhkanlah kami dari sifat lemah dan malas.. bantulah kami dan berkatilah usaha kami dalam menyelesaikan tugasan kami ini... aminnnn..
-juga utk rakan2 sepejuangan yg punya byk jawatan.. hehe

Monday 10 January 2011

Blackberry diharamkan??

Terkejut gak mama bila baca petikan akhbar dibawah. Almaklumlah salah sorang pengguna Blackberry kan. Tapi camana penjualan n penggunaan Blackberry boleh mengancam keselamatan negara yer? (soalan kurang bijak sbb kurang rajin nak gugel.. kalau nak tahu cari sendiri yer :D). Walaupun Msia tak akan mengharamkan lagi (which is satu hari nanti mungkin), tapi kita harus lah berjaga2 kan... so adakah maksudnya kena prepare ngan smartphone yg lain? (tp yg lain2 tuh tak mengancam negara gak ke? hmmm satu lagi soalan kurang bijak sbb tak rajin nak gugel).
IP4 pun best gak (gara2 baca post dr UZAR).. tp mama kureng sket ngan touch2 screen ni... mama lebih suka qwerty keyboard.. tp takpe.. kalau ada org nak bagi mama terima ngan hati yg ikhlas (kelip2 mata kat ayah... hehehe)

kat bawah ni petikan akhbar yg diambil daru Utusan Online 10 Jan 2011

Blackberry tidak akan diharamkan - Rais

10/01/2011 7:59pm

KUALA LUMPUR 10 Jan. — Malaysia tidak bercadang untuk mengharamkan penjualan dan penggunaan telefon mudah alih pintar Blackberry setakat ini kerana ia tidak ada menimbulkan masalah kepada soal keselamatan negara.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan menyiasat sekiranya ada sesiapa yang mempunyai fakta tertentu mengenai penyalahgunaan kemudahan itu.

"Sekiranya ada (apa-apa masalah mengenai penggunaan telefon itu) saya ingin menerimanya dari masyarakat Malaysia sendiri. Justeru tidak wajar bagi kami membuat keputusan yang tergesa gesa,” katanya kepada pemberita selepas bertemu pengarah-pengarah Jabatan Kebudayaan di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan bahawa kerajaan Indonesia bercadang mengharamkan penggunaan Blackberry di negara berkenaan sekiranya aplikasi pornografi dan arahan untuk mewujudkan pelayan (server) di negara berkenaan tidak dipatuhi dalam tempoh dua minggu.

Rais berkata kajian sudah dibuat sebelum ini oleh SKMM dan mendapati bahawa Malaysia tidak menghadapi masalah seperti yang dihadapi di Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan India sebelum ini.

Negara-negara itu telah mengharamkan penggunaan dan penjualan Blackberry kerana dikatakan mengancam keselamatan negara mereka. - Bernama

Thursday 6 January 2011

Dilema Landloard

Salam...
bila baca petikan berita kat bawah ni.. teringat rumah kitorang yang sudah tertunggak 5 bulan bayaran sewanya.. hmmm..sewanya pun bukannya mahal, lebih sikit jer dr sewa dlm petikan akhbar kat bawah ni.. penyewanya bukanlah menganggur mcm penyewa dlm petikan akhbar kat bawah ni.. kalau tgk keta penyewa kami confirm tak caya dia tertunggak sewa umah 5 bulan.. heheh.. ayah silalah buat tindakan susulan yer..
** agaknya baper bulan aaaa penyewa kat bawah ni tak bayar sewa yer sampai tuan umahnya sanggup menikam dia.. nauzubillah.. moga kami dilindungi Allah dari melakukan sebarang kekasaran sesama makhluk..

kat UK ni lain plak.. kitorng bayo sewa tiap2 bulan on time, duit akan masuk akaun landloard setiap 24hb tak pernah miss.. tapi akhirnya kami 'dihalau' gak (sbb dia jual umah yg kami sewa.. so rasa mcm dihalau aaaa sbb tak abih lagi contract)... hmmm.. macam2


kat bawah ni petikan berita yang diambil dari hmetro online 6 Jan 2011...

Ditikam gagal lunas sewa rumah

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim; Shamsul Munir Safini dan Noozieyantie ‘Alia Adnan
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Hanya kerana gagal melunaskan tunggakan sewa rumah selama sebulan, seorang lelaki berusia 35 tahun cedera parah akibat ditikam tiga kali di bahagian belakang badan, leher dan pipi oleh pemilik rumah terbabit di rumahnya di Jalan Ipoh di sini, pagi semalam.

Difahamkan, mangsa yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, masih tidak sedarkan diri namun keadaannya dilaporkan stabil.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek berusia 41 tahun ketika pemilik rumah terbabit datang memungut duit sewa.

Menurut sumber, mangsa sudah menyewa rumah milik suspek berusia 41 tahun itu sejak setahun lalu.


“Disebabkan dia kini menganggur, mangsa tidak dapat melunaskan bayaran sewa terkini lebih RM400 menyebabkan tuan rumahnya berang sebelum berlaku pertengkaran dan pergelutan antara mereka,” katanya.


Timbalan Ketua Polis Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, berkata kejadian itu disedari rakan mangsa berusia awal 30-an yang menumpang bermalam di rumah seorang lagi rakan mereka di bawah rumah mangsa sebaik terdengar bunyi bising.

“Disebabkan bimbang sesuatu berlaku, rakan mangsa (pengadu) segera naik ke rumah rakannya untuk melakukan pemeriksaan.

“Dia terkejut apabila mendapati mangsa terbaring di kawasan ruang tamu rumah berkenaan dalam keadaan berlumuran darah,” katanya.

Zainuddin berkata, rakan mangsa segera menghubungi pihak berkuasa melaporkan kejadian berkenaan sebelum sekumpulan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian bersama sebuah ambulans.

“Mangsa dikejarkan ke HKL untuk mendapatkan rawatan susulan. Mangsa cedera akibat ditikam di belakang badan, leher dan pipi namun keadaannya kini dilaporkan stabil,” katanya.

Menurutnya, gerakan memburu suspek akhirnya membuahkan hasil apabila dia berjaya ditahan kira-kira sejam kemudian berhampiran kawasan berkenaan namun senjata yang digunakannya masih belum ditemui.

“Pemeriksaan awal mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah. Kita percaya ketika bergelut dengan mangsa, suspek berada di bawah pengaruh dadah.

“Dia (suspek) akan di bawa ke mahkamah esok (hari ini) untuk mendapatkan reman. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

Wednesday 5 January 2011

Biskut Kaya

Banyak-banyak biskut.. biskut apa yang kaya?
heheh jawabnya Rich Tea la kan... :)

dulu2 mula sampai bumi permaisuri ni dok pelik... rich tea? tak menggambarkan nama biskut langsung. Tapi biskut rich tea ni sbnrnya saudara kandung (kembar sbnrnya) ngan biskut merry kat Msia nun.. bezanya kat sini kat biskut tu ada tulis 'rich tea' kat Msia 'merry' (kut!!.. lupa dah.. kerrr 'biskut merry'? 'merry' ke 'marrie'? alaaa malas nak cari rujukan.. heh).

Alkisah anak2 suka sangat makan biskut ni... tiap kali lepas makan nasi jadi macam kewajiban plak.. mesti makan biskut rich tea ni cecah air teh (agaknya sbb tu dinamakan rich tea.. sedap dimakan bila cecah air tea.. hehe). Kalau kehabisan stok mula aaa bising.. alhmdulillah murah jer rich tea ni kat sini.. 37p pun leh dpt... tapi tekak bebudak ni bila dah makan yg mahal sket jadi demand.. huhu.. takpelah asalkan korang nak makan... kudut2 suma dorang ni (mama je yg deboom!.. plus adik.. hehe).. disbbkan kebiasaan dorang ni mama ayah pun dah terikut.. huhu..

Dan dgn adanya rich tea ni gak.. boleh aaa mama buat kuih kegemaran .. biskut(kek) batik n kek lapis asam... kek batik tu simple jer.. tp kek lapis asam tuh...masyaAllah.. lama nya nak siap (yer aa kena kukus selapis demi selapis kan).. jwabnya sekali tuh jer aaa buat.. sbnrnya dah teringin balik nak mkn kek lapis asam tu... brg2 suma dah standby.. masa jer yang kurang mengizinkan.. ada sesapa volunteer nak buat tak?

** arini mkn rich tea ngan cecah air kopi kat opis.. tu yg tetiba nak menulis kat blog.. :)

Saturday 1 January 2011

1.1.11

Selamat Tahun Baru 2011 untuk semua.
Cepatnya masa berlalu..

Azam tahun baru?
Nak habiskan belajar cepat2.. makin tua makin liat plak.. iskh
Nak jadi manusia yang bermanfaat dan jadi hambaNYA yg lebih baik dari tahun lepas... insyaAllah
( 2 jer tapi maha hebat nak mencapainya.. moga dipermudahkan)

Penutup tahun 2010 yang agak memilukan bagi kami di Birm ni.
1. Seorang sahabat dimasukkan ke ICU dan kemudian CCU. Beliau sekeluarga (suami dan 2 orang anak kecil) merancang untuk pulang ke Msia for good pada 2 Jan, namun tiba2 musibah menimpa apabila beliau jatuh sakit yang pada mulanya tidak diketahui penyakitnya. Beliau melalui saat2 yang sangat getir dan kami semua senantiasa berdebar, apatah lagi suaminya. Namun semangat juangnya melawan penyakit amat membanggakan. Kini beliau masih kritikal tetapi stabil di City Hospital, Birmingham. Alhamdulillah...Mudah2han beliau terus KUAT melawan penyakitnya dan sembuh seperti sedia kala. Ya ALLAH ya Tuhanku lindungilah sahabatku Zamzarina dan sembuhkanlah penyakitnya, kuatkanlah semangat suaminya dan anak2nya dalam melalui saat ujian ini. Amin ya Allah...

2. Seorang lagi sahabat ditimpa musibah apabila rumahnya dimasuki pencuri. Rumah yang baru disewanya kira2 sebulan. Tak sangka dalam negara maju pun berlaku perkara macam ni. Beliau sekeluarga keluar bercuti pada cuti Christmas dan hanya mengetahui rumahnya dipecah apabila pulang ke rumah. Bukan sedikit barang yg hilang, nilainya mungkin melebihi £15K. Kami yang dapat berita ketika diluar kawasan terkedu tak terkata. Mudah2han beliau sekeluarga bersabar dan tabah dengan musibah yang menimpa. Mudah2han ada hikmah yang besar disebalik apa yang berlaku.

Dua musibah besar yang menimpa sahabat2 kami ni menjadikan kami tak sabar nak balik Malaysia. Mmg aaa musibah tu boleh berlaku di mana2.. mcm musibah ke-2 ianya pernah berlaku kpd kami sekeluarga di Msia sebyk 2 kali. Tapi bila ianya berlaku di luar negara.. kesannya amat mendalam dan menakutkan. Terasa Malaysia lagi selamat. Mama!!.. cepat2 siapkan kerja yer.. Ya Allah.. lindungilah kami dan permudahkanlah urusan kami di bumi UK ini...Aminn.