Tuesday, 17 August 2010

Alarm Sahur

Alhamdulillah dah masuk hari ke 7 kita berpuasa. Kakak n Abang pun alhamdulillah gigih berpuasa. Alhamdulillah setakat ni mmg tak miss sahur... harap2nya takkan miss sbb kesian kat budak berdua tuh. Nak kejut depa bangun sahur mmg thrill sket... kena pujuk elok2 (tp kalau tak bangun2 gak, high pitch gak jadinya..iskh isk). Tapi makan sahur pun mmg betul2 hujung2 waktu jer.. kesian gak kat dorang makan kelam kabut... sorry yerr...
Tahun ni mama ada pembantu untuk kejut ayah sahur... hehehe... elok2 mama siap hidang utk sahur jer.. 'alarm' pun bunyi... 'alarm' tuh takkan berhenti hinggalah ayah bangun n bawak dia turun ke bawah. Sapa lagi kalau bukan Nukman Ukail... heheh.. bagus tul anak mama ni.. walhal masa mama bangun utk siapkan sahur dia baru lepas menyusu n elok jerr dia tido balik. Pas tu bila dah sampai kat bawah elok jerr dia diam... bukan nak menyusu ke apa pun.. hehe kelakar pun ada...
inilah rupa 'alarm' yg baru nak bunyi

tapi kalau dah rupanya camni.. mmg takde can aaa nak tido.. heheh
Alhamdulillah genap 4 bulan Nukman Ukail pun pandai meniarap.. memula tak lama sbb maybe dia susah sket nak nafas.. tp skrg dia dah dpt lesen penuh utk meniarap... siap dah angkat2 bum lagi haaa... walaupun badannya 'besar' tp tak 'malas'...hehehe.. alhamdulillah..