Wednesday 8 December 2010

Maha Suci Allah

Salam..

Sblm ni mama ada baca kisah kalimah Allah pada tempat yang kita tak terfikir. Antaranya kat telinga bayi, gumpalan awan etc. Allhamdulillah yg gumpalan awan tu kami saksikan sendiri depan mata di UK ni ketika perjalanan dr Utara UK ke Birmingham-nikmatnya tak terkata (itu hanya sedikit yg Allah nak tunjukkan pd kami). Harini ada pula kisah kalimah suci Allah pada daging korban. Maha suci Allah..bertuahnya orang yang terpilih daging korbannya tertera kalimah suci ni.. mudah2han iman kita semakin bertambah dengan kejadian ini... amin. Berikut artikel yang diperolehi dari UtusanOnline.



Terkejut daging ada kalimah Allah (sumber: UtusanOnline 8/12/10)


Kalimah Allah yang terdapat pada daging lembu di Kampung Air Tawar, Endau, Mersing, semalam. - utusan/Nor Azman


MERSING 7 Dis. - Seorang suri rumah yang menetap di Kampung Air Tawar dekat sini terkejut apabila mendapati hirisan daging korban yang hendak dimasaknya mengandungi urat lemak yang membentuk kalimah Allah.

Maharom Musa, 58, berkata, daging lembu korban itu diberikan oleh menantunya, Yusuf Embong, 47, yang membawanya dari Chini, Pahang, kira-kira dua minggu.

Dia mula menyedari tanda kebesaran Allah itu semasa hendak memasak daging tersebut, semalam.

"Pada mulanya saya memotong daging itu seperti biasa apabila anak perempuan saya terpandang sesuatu yang aneh terdapat pada daging tersebut.

"Bila diamati betul-betul, memang jelas urat daging berkenaan tertulis kalimah Allah malah bahagian yang tertera kalimah tersebut berbeza daripada yang lain, tidak berlemak dan tidak berbau hanyir," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini, hari ini.

Malah, jelasnya, apabila dimasak, rasanya seolah-olah, cukup dengan perisa dan dagingnya lembut serta sedap berbanding daging lembu biasa walaupun pada mulanya belum dimasukkan garam.

Maharom mengakui sejak cerita tersebut tersebar di kalangan penduduk kampung, ramai yang datang untuk melihat sendiri.

"Sebelum ini saya kurang sihat dan apabila melihat kebesaran Allah ini, saya menjadi kembali bersemangat dan bermuhasabah diri dan lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT kerana diberikan peluang untuk melihat salah satu kebesaran-Nya dan pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini," katanya.

Tinjauan Utusan Malaysia turut mendapati beberapa penduduk kampung berhampiran datang untuk melihat sendiri dan merakamkan gambar daging itu.