Jahatnya mereka memperdaya orang Islam..
Dulu pernah dengar pasal kopi yang dicampur gelatin babi ni dilaporkan di JB..
so kitorng rasa lega sbb bukan di Kluang...
tapi tak sangka sungguh rupa2nya ianya adalah kopi stesen kluang kegemaran kitorng.
Mmg kitorg bukan penggemar kopi tp bila diperkenalkan dgn kopi ni.. terus rasa suka.
Kat kedai ni chasier, pelayan dll suma org Melayu.. tak nmpk pun bangsa lain
Customer tu biasa aaa pelbagai bangsa
Nak dpt seat utk makan pun bukan senang..
kena booking n tunggu org bangun baru leh dpt tempat.
Siap sblm fly ke UK sanggup naik ketapi dari Kulai ke Kluang utk minum kopi n roti bakarnya.
Kalau family kirim barang, kopi ni laaa salah satu yg mesti ada dlm parcel tu..
nauzubillah.. rupa2nya ada sst yang tersembunyi
kalaupun ditakdirkan kopi tu sbnrnya takde gelatin
NO MORE to kopi stesen kluang
'Ya Allah.. ampunkan keterlanjuran kami'
Harap2nya mereka ni dijatuhi hukuman yang seberat2nya
sbb.. memperdaya umat Islam..
sumber berita dan gambar
Nafi jual kopi gelatin babi
ahmadtajol@hmetro.com.my
KLUANG: Tiga bersaudara yang juga pengarah syarikat Rail Passion Sdn Bhd, pengeluar Kluang Rail Coffee mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas dua pertuduhan menjual kopi mengandungi gelatin babi di premis mereka tanpa melabelkan kewujudan asid deoksiribonukleik (DNA) haiwan itu pada pembungkusan.
Selain tiga pengarah syarikat itu, dua pemilik kilang dan syarikat yang membungkus kopi campuran untuk jualan syarikat Rail Passion Sdn Bhd turut didakwa di mahkamah sama, semalam.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Rasidah Abd Radzaz di hadapan Majistret Norhabsarina Ayob manakala lima individu itu diwakili peguam S Selvarajah.
Berdasarkan pertuduhan pertama, tiga pengarah terbabit, Lim Jit Chiang, 37, Lim Jit Tong, 42, dan Lim Jit Chen, 58, didakwa menjual serbuk kopi dalam bungkusan mengandungi DNA babi, antara jam 3 petang hingga 4 petang di salah sebuah premis mereka di Jalan Tasik di sini, 25 Mac lalu.
Mereka didakwa menjual serbuk kopi dalam bungkusan belum dibuka itu kepada pegawai Jabatan Kesihatan Johor, Amezatul Aida Mohd Daim dan selepas dianalisis Jabatan Kimia Petaling Jaya, Selangor, didapati terdapat DNA babi di dalam serbuk kopi itu.
2 comments:
tak penah minum kopi kluan tu ...
mmg lain sgt rasa dia ye kak...
hissyyy tumpang geram jugak la...
diorg ni tak sensitif langsung hal halal haram ...huhuhu
rasanya sama jer kut..
tp kitorg kalau dah suka 1 jenis.. mmg takmo beli lain dah..
so nmpknya pas ni kena bertukar aaa.. takpun takyah minum langsung kopi.. heh
Post a Comment