Thursday 31 March 2011

Berpada-pada

Wanita mengandung biasanya mmg dikaitkan dgn mengidam.. asal usul wanita mengidam ni tak tahulah dr mana.. agaknya dr kisah dulu yg bini sapa ntah mengidam nak makan nangka yg nak dipersembahkan pada raja tu kut.. hehehe... tp mmg ada kaitan ke? atau itu satu cara nak bmanja2 ngan suami...


Alhamdulillah 3 kali pegnen rasanya takdelah mengidam benda yg pelik. Secara jujur tak mengidam pun tp bila dah org asyik dok offer nak makan apa .. kita pun apa lagi.. sebut jer aaa kan... heheh.. alhamdulillah ayah layan jer tekak mama... thanks ayah!


Tapi baca berita arini.. malangnya si isteri yg tgh mengandung ni..tak pasal2 kena belasah sbb ngidam yg pelik2... tp mmg tak boleh nak salahkan suami gak... dah suami tu balik kerja mestilah penat..pi mintak yg pelik2 buat apa... kut ye pun tunggu lah sekejap (ingatan utk diri sendiri gak ni)... kandungan plak baru 2 minggu.. rasanya nak mkn pelik2 ni idakler seawal tu kan.. wallhualam.. apa pun moga jadi teladan dan ingatan (terutama utk diri sendiri).. nak bermanja biarlah berpada2 dan kena pada tempatnya yer kwn2... Semoga semua menempuh alam rumahtangga yang bahagia di samping suami dan anak2. Aminnn...


Kat bwh ni berita yg disiarkan di hmetro online (31 March 2011)...........

Belasah isteri hamil mengidam


KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang hamil empat bulan cedera di kepala dan badan apabila dipukul suaminya selepas dia mengidam buah kelur atau munggai serta lempuk durian dan meminta suaminya mendapatkan dua jenis makanan itu.


Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin di sebuah rumah di Bandar Baru Sentul, di sini, wanita terbabit yang berusia 28 tahun dipercayai ditumbuk dan ditendang suaminya yang berusia 30-an. Sumber berkata, ketika kejadian si suami baru pulang dari kerja sebelum mangsa memintanya keluar dan membeli makanan berkenaan kerana dia mengidamkannya serta memberitahu tidak dapat tidur jika tidak memakannya. “Lelaki terbabit yang berkemungkinan tertekan dengan tugas di tempat kerja dan belum sempat berehat tiba-tiba berang sebelum memarahi isterinya itu.

Tindakan lelaki terbabit menyebabkan berlaku pertengkaran selama lebih 20 minit sebelum si suami gagal mengawal kemarahan dan menendang serta menumbuk isterinya. Walaupun isterinya itu berulang kali merayu dikasihani dan mengatakan bimbang kandungannya itu terjejas, ia langsung tidak dipedulikan. “Selepas melepaskan geramnya, lelaki terbabit keluar dari rumah dengan meninggalkan isterinya sendirian,” katanya. Difahamkan, mangsa mula meminta pelbagai makanan dan buah-buahan yang sukar diperoleh di ibu kota kepada suaminya itu kerana mengidam selepas doktor mengesahkan dia mengandung sejak dua minggu lalu.


Sebelum kejadian kelmarin, lelaki terbabit cuba memenuhi setiap permintaan isterinya, namun hilang pertimbangan selepas tidak tahan sikap isterinya yang sering meminta makanan yang pelik dan sukar didapati. Sumber itu berkata, mangsa yang cedera menghubungi rakannya sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, untuk pemeriksaan. Bagaimanapun, mangsa hanya dirawat sebagai pesakit luar dan tidak menjejaskan bayi dalam kandungannya. Selepas berbincang dengan ahli keluarga, mangsa yang bimbang perkara sama berulang tampil membuat laporan di balai polis menuntut tindakan diambil terhadap suaminya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.

No comments: