Thursday, 31 March 2011

Berpada-pada

Wanita mengandung biasanya mmg dikaitkan dgn mengidam.. asal usul wanita mengidam ni tak tahulah dr mana.. agaknya dr kisah dulu yg bini sapa ntah mengidam nak makan nangka yg nak dipersembahkan pada raja tu kut.. hehehe... tp mmg ada kaitan ke? atau itu satu cara nak bmanja2 ngan suami...


Alhamdulillah 3 kali pegnen rasanya takdelah mengidam benda yg pelik. Secara jujur tak mengidam pun tp bila dah org asyik dok offer nak makan apa .. kita pun apa lagi.. sebut jer aaa kan... heheh.. alhamdulillah ayah layan jer tekak mama... thanks ayah!


Tapi baca berita arini.. malangnya si isteri yg tgh mengandung ni..tak pasal2 kena belasah sbb ngidam yg pelik2... tp mmg tak boleh nak salahkan suami gak... dah suami tu balik kerja mestilah penat..pi mintak yg pelik2 buat apa... kut ye pun tunggu lah sekejap (ingatan utk diri sendiri gak ni)... kandungan plak baru 2 minggu.. rasanya nak mkn pelik2 ni idakler seawal tu kan.. wallhualam.. apa pun moga jadi teladan dan ingatan (terutama utk diri sendiri).. nak bermanja biarlah berpada2 dan kena pada tempatnya yer kwn2... Semoga semua menempuh alam rumahtangga yang bahagia di samping suami dan anak2. Aminnn...


Kat bwh ni berita yg disiarkan di hmetro online (31 March 2011)...........

Belasah isteri hamil mengidam


KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang hamil empat bulan cedera di kepala dan badan apabila dipukul suaminya selepas dia mengidam buah kelur atau munggai serta lempuk durian dan meminta suaminya mendapatkan dua jenis makanan itu.


Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin di sebuah rumah di Bandar Baru Sentul, di sini, wanita terbabit yang berusia 28 tahun dipercayai ditumbuk dan ditendang suaminya yang berusia 30-an. Sumber berkata, ketika kejadian si suami baru pulang dari kerja sebelum mangsa memintanya keluar dan membeli makanan berkenaan kerana dia mengidamkannya serta memberitahu tidak dapat tidur jika tidak memakannya. “Lelaki terbabit yang berkemungkinan tertekan dengan tugas di tempat kerja dan belum sempat berehat tiba-tiba berang sebelum memarahi isterinya itu.

Tindakan lelaki terbabit menyebabkan berlaku pertengkaran selama lebih 20 minit sebelum si suami gagal mengawal kemarahan dan menendang serta menumbuk isterinya. Walaupun isterinya itu berulang kali merayu dikasihani dan mengatakan bimbang kandungannya itu terjejas, ia langsung tidak dipedulikan. “Selepas melepaskan geramnya, lelaki terbabit keluar dari rumah dengan meninggalkan isterinya sendirian,” katanya. Difahamkan, mangsa mula meminta pelbagai makanan dan buah-buahan yang sukar diperoleh di ibu kota kepada suaminya itu kerana mengidam selepas doktor mengesahkan dia mengandung sejak dua minggu lalu.


Sebelum kejadian kelmarin, lelaki terbabit cuba memenuhi setiap permintaan isterinya, namun hilang pertimbangan selepas tidak tahan sikap isterinya yang sering meminta makanan yang pelik dan sukar didapati. Sumber itu berkata, mangsa yang cedera menghubungi rakannya sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, untuk pemeriksaan. Bagaimanapun, mangsa hanya dirawat sebagai pesakit luar dan tidak menjejaskan bayi dalam kandungannya. Selepas berbincang dengan ahli keluarga, mangsa yang bimbang perkara sama berulang tampil membuat laporan di balai polis menuntut tindakan diambil terhadap suaminya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.

Wednesday, 30 March 2011

Email

Budak2 skrg bila tgk kita beremail dia pun nak beremail..
So ayah yg baik hati melayan anak2 buka akaun email masing2..
Bagus gak sbb depa belajar buat ayat..
Tp yg kelakarnya.. lepas dia send email jerr.. tu laa perangai si abg
terus suruh kita check email kita.. time tu gak.. alahai anak..
pastu setiap kali email mesti tanya
"how do you feel today? happy or sad?"
then kalau dia tak dpt email... bersedih hati sbb takde org email kat dia.. huhu..

Tapi baru sat mama check email... tersenyum tgk email dr abg ni

abg ni biasa aaaa.. ejaan dia asal ada bunyi dan kita boleh phm lagi :)
pahtu cam kiut plak bila dia letak faces tu..
biru utk boy, yellow girl
tp yg tak thn n buat tergelak...
big baby yg boy tu cool habis siap pakai shade lagi.. dia aaa tu.. hehe
small baby plak face meraung..
baby girl muka takde perasaan..

Tuesday, 22 March 2011

I'm too sleepy..

Mama letak adik atas katil dgn toys dia...
Dgn harapan dia senyap dan main2 smtara mama bsiap...
Tapi kali ni cam pelik sbb tak dgr suara langsung.. sbb biasanya adik 'becok' gak..
Pastu sekali pandang awat dia tundukkkk semacam..
Dua kali pandang rupa2nya dah terlelap...
Kesiannya tertido sambil duduk.. lmbat sgt tunggu mama bsiap ye dik..
Walhal takde aaa mekap2.. berbedak pun idak.. huhu.. jimat sungguh!..
ni la 'antartic bear' yang dah terlelap
sambil pegang buku tu.. agaknya penat mentelaah..heheh..

Tuesday, 8 March 2011

Dan dia semakin aktif..

Bila dia semakin aktif..

-takleh ada benda atas lantai..
pasti dikutip dan buat qc... camne rasanya ek?
masuk dlm mulut.. telan..
kalau try nak korek.. digigitnya..
almaklumlah dah ada 2 btg gigi yg comel.. hehe

-takleh tinggalkan sorang2...
dia boleh meraunggg menjerit...
atau dia senyapppp jer tp busy ngan xtvtnya..
atau dia terlepas ke luar..
almaklumlah aksi mengesot ala2 'comando'nya makin bagus..
dan bum nya pun makin ringan.. maka lajuuu dia merangkak..

esok2 jalan pulak yer...
itulah perkembangan adik yg semakin aktif..
bila semakin aktif... kuranglah ke'chubby'annya sedikit demi sedikit
(mama gek yg chubby tak ilang2.. aduihhhh)