Friday, 25 February 2011

Aiskrim

Malam tadi ada terbaca kat paper..
dok argue2 ngan ayah..pasal hukum.. tp abih camtu je aaa diskusinya..
arini kuar plak kat online news..

'London restaurant selling breast milk ice cream'

namany 'Baby Gaga'..
(agaknya Gaga tu diambil sempena Lady Gaga punya kepelikan kut)
siap ada supplier tu... utk menambah pendapatan katanya.. hehheh
wpun amountnya sikit.. tp mcm tak kena gitu kan..
tak mustahil satu hari nanti ada susu tepung susu ibu plak..(ke dah ada?)
hmm...mcm2 dorang ni kan..

berita lanjutnya di [SINI]

pst: agak2 kekeringan wang kat UK ni .... hhehe.. gurau je...

Wednesday, 23 February 2011

My relationship..

mmg sungguh complicated...hmm

Monday, 21 February 2011

ALLAH selamatkan kamu

Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan 'ayahanda' kami..
Allah selamatkan kamu..

Semoga ayah diberi kesihatan yang baik, umur yang panjang, dimurahkan rezeki dan hidup diberkati Allah dunia dan akhirat.. we miss you every second and always love you!

dari pengikut setiamu:
mama-kakak-abang-adik

Thursday, 17 February 2011

Persoalan Alkohol..

Kebetulan terjumpa plak soal jawab ttg alkohol ni dlm UtusanOnline

Alkohol tetap haram (sumber: MetroOnline 17Feb2011)

SAYA pernah menonton rancangan televisyen berkenaan kesan alkohol dalam makanan. Satu kumpulan diberikan makanan yang dicampur dengan alkohol dan satu kumpulan lagi hanya diberi minuman keras.

Selepas makan, mereka semua diuji dengan tahap alkohol dalam badan. Kumpulan yang minum minuman keras ternyata mempunyai tahap alkohol yang tinggi dalam badan, tetapi tidak pula kumpulan yang memakan makanan yang salah satu ramuannya adalah arak.

Malah, mereka tidak mabuk. Abang saya pernah bercerita betapa susahnya mencari makanan halal ketika ke luar negeri atas urusan kerja. Bolehkah kita makan makanan yang dicampur arak asalkan kita tidak mabuk?

KELIRU, Sabah


PENGGUNAAN alkohol atau arak dalam masakan tidak dibenarkan dalam Islam. Ini kerana hukum arak adalah haram dan ia tergolong dalam kategori najis. Larangan ini berdasarkan firman Allah s.w.t: “Wahai orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) (rijsun) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak, judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?” (Surah al-Ma’idah ayat 90-91)

Eksperimen dua kumpulan di atas dalam rancangan televisyen bukan menjadi alasan untuk tidak mematuhi larangan Allah berkaitan arak.

Alasan sedikit dan tidak memabukkan tidak diterima sebagai pengecualian. Ini kerana Nabi s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Sesuatu yang banyaknya memabukkan, maka sedikit adalah haram.”

(Riwayat Ahmad, seperti dalam Paizah Haji Ismail, 1996: 202; untuk lebih lanjut lihat juga, M Shiddiq Al-Jawi, “Alkohol dalam makanan, ubat, dan kosmetik: Tinjauan fiqh Islam,” http://osdir.com/ml/culture.region.indonesia.ppi-india/2005-03/msg00134.html)

~~~~~~~

note: dulu sy pernah diberitahu minyak wangi body shop tidak menggunakan alkohol.. betul ke? ke guna gak? ada ke minyak wangi yg tak pakai alkohol?

Tuesday, 15 February 2011

Coca Cola

Sangat terkejut bila mama baca 'secret resepi' minuman popular ni:

sumber: disini

* Fluid extract of Coca 3 drams USP
* Citric acid 3 oz
* Caffeine 1oz
* Sugar 30 (it is unclear from the markings what quantity is required)
* Water 2.5 gal
* Lime juice 2 pints 1 qrt
* Vanilla 1oz
* Caramel 1.5oz or more to colour
* 7X flavour (use 2oz of flavour to 5 gals syrup):
* Alcohol 8oz
* Orange oil 20 drops
* Lemon oil 30 drops
* Nutmeg oil 10 drops
* Coriander 5 drops
* Neroli 10 drops
* Cinnamon 10 drops

Yang lain2 tu OK lagi tp bila nmpk Alchohol... terkejut sungguh!..sbb dulu2 sangat suka minum Coca Cola ni, skrg jarang tp minum gak kadang2.. jahat betul musuh Islam ni..
'Ya Allah ampunkanlah kesalahan yang telah kami lakukan akibat kelemahan kami...'
Agak2 minuman bergas yg lain ada alkohol tak???

Salam Maulidur-Rasul

Salam Maulidur-Rasul kepada semua.

Teringat perarakan keliling taman kat TSPP.. sungguh meriah..

Selamat hari ulangtahun duhai kekasih Allah
Pada tarikh ini juga Baginda wafat pd tahun 623M ketika berusia 63 tahun
Maka genaplah 1200 tahun Baginda meninggalkan umat Islam


-Yaa Rasulallah-
Alangkah Indahnya Hidup ini
Andai Dapat Ku Tatap Wajahmu
Kan Pasti Mengalir Air Mataku
Kerna Pancaran Ketenanganmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak Pernah Ku Tatap Wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami Rindu Padamu (2x)

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah Kami Sebagai Umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah Syafaatmu

Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim (2x)
Alangkah Indahnya Hidup ini
Andai Dapat Ku Tatap Wajahmu
Kan Pasti Mengalir Air Mataku
Kerna Pancaran Ketenanganmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak Pernah Ku Tatap Wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami Rindu Padamu (2x)

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah Kami Sebagai Umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah Syafaatmu

Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim (2x)


credit to MrInternetFreak

Saturday, 12 February 2011

Meh adik bagi idea..

Jumaat baru ni bawak adik ke ofis sementara ayah solat. So dengan penuh excited adik tolong edit mama punya thesis yang ter'stuck' sbb idea tak muncul2....sampai terbalik2 keyboard dibuatnya... hebat sungguh!... Jom tgk adik punya 'idea' ni (yg dihighlight kuning)..


1. memula adik indent paragraph tu ke tgh sket..(tak tahu camne dia buat.. tekan butang 'tab' kut).. agaknya nak bagi kemas kut..

2. z/QA --> QA= questions answers?? logik, sbb mama punya research mmg melibatkan QA ni.. ker qualitative analysis? mungkin gak..

3. qdz/sz/sz/sz... --> mana plak dia kenal untie sz ni?.. heh.. ke adik maksudkan sila rujuk kat untie sz.. heheh

4. ....... 12K --> apakah yg 12K itu? durian runtuh kah? £12K or RM12K? hehe

the rest tak tahu apa maksudnya.. heheheh

Thursday, 10 February 2011

Go UTM Go!

TAHNIAH pada warga UTM...
(mama pun rasa bangga aaa sbb dia membesar dan me'nua' dgn UTM kan.. heheh)

Dipendekkan cerita kat universiti ni ada main ranking2.. dan dalam review ranking terbaru (Januari 2011) UTM ditempatkan di rangking ke-2 di Malaysia dan ranking ke-694 di dunia.
Dan 7 top fakulti yang menyumbang adalah:

1. Faculty of Electrical Engineering (Highest in Rich Files, Scholar & Visibility)
2. Faculty of Education (Highest in Size)
3. Faculty of Computer Science and Information System
4. Faculty of Mechanical Engineering
5. Faculty of Sciences
6. Faculty of Built Environment
7. Faculty of Civil Engineering

Wahh dasyat dorang skrg ni.. jadinya lepas ni lagi 'dasyat' aaaa tugas2 yang menunggu.. huhu.. kat bawah ni ranking2nya...

Tuesday, 8 February 2011

Lam Nun

LAM dan NUN mmg ketara perbezaannya kan??..
satu ada ekor panjangggggg..
satu lagi ada mata satu (titik) ..
...TAPI..
dua huruf ni laa yg abang selalu keliru..
mama pun tak paham tang mana yang dia boleh tertukar dua huruf ni..
Memula baca iqra' dulu rasanya OK jer.. tapi lama2 dia keliru dgn dua huruf ni.. macam pelik kan.. kut laa dia keliru NUN dgn BA atau TA atau huruf2 seangkatan yg lain yg ada mata tu.. ok laa gak... atau dia keliru LAM dgn RO dan huruf2 yg berekor yg lain.. tp ni tak.. tak percaya? percayalahhh...

Sunday, 6 February 2011

Special Delivery

Tanpa dijangka2 dapat 'special delivery' arini..
pagi2 nampak benda tu dalam skrin computer jer..
tak sangka mjelang mlm boleh nmpk benda tu depan mata..
so apa lagi.. kitorang kenduri anak beranak..
Trillions thanks to Mimah for the superlicious cheese cake and choc cake..
dan terima kasih juga pada delivery girl nya..
mama aims cheese cake.. ayah n anak2 choc cake..
Alhamdulillah ada rezeki kitorang makan kek arini.. :D

Demam

Baby BESAR ngan Baby kecik tak sihat lagi..

adik rupa2nya nak tumbuh gigi.. alhmdulillah
tp demamnya tak kebah2 lagi.. lmbt mkn ubat jer panas gilerr jadinya..

ayah pun sama terbaring kat katil ngan adik..
terjangkit adik.. kesian ayah..
so suma plan postponed!
mudah2han kalian berdua cepat sembuh.. amin

Saturday, 5 February 2011

10 bulan

Alhamdulillah.. adik genap 10 bulan arini..
spt bulan lepas.. dia demam pd tarikh yang sama..
alahai.. makin susut aaa gendon mama ni..
takpe.. demam nak tambah akal agaknya

dlm umur 10 bulan ni berikut ant pencapaian adik
-sebut mama, papa, abah (kita ajar ayah dia sebut abah)..
-pandai membebel dgn bahasanya sendiri.. dan respon pd apa yg kita cakap
-kalau kita tinggikan suara.. dia plak yg nangis.. dia ingat org marah dia.. alahaii
-dlm walker semakin laju jalannya.. dan tak suka ditinggalkan sorang2
-mknan dia tak berapa nak.. tp nak makan mknan kita.. huhu

mudah2an adik cepat sihat... amin ya Allah..

ker salah satu penyumbang adalah habuk yg byk kat umah.. arini umah kitorg ada org baiki.. cun sket aaa umah pasni.. alhamdulillah.. tp tak tahan dgn habuk.. ayah pun dah kalah..

Thursday, 3 February 2011

Salah cakap ke salah dengar??

Di suatu malam kira2 jam 7.30pm...

adik tgh guling2 kat katil
mama main2 dgn adik
ayah masih kat tmpt kerja

tiba-tiba..
abg ngan kakak menyerang katil..
adik pun apa lagi menjerit aaa bila ketenagannya diganggu..
mama yg bengis pun bersuara

mama: get off from my bed! (dgn aksi mak tiri)
tapi malangnya.. kakak ngan abang bantai gelak.. sungguh2 plak tu.. sabo jer lahh
mama: nape kakak ngan abang gelak?
abang: mama cakap get it off from my bed... bukan get it off.. get off!
mama: (aik bila masa plak aku cakap get it off??.. musykil.. aku salah cakap ke dorang salah dgr?? tp takkan dua2 salah dgr??)

tp bila berlaku situasi di atas.. rasa nak marah tu tetiba reda.. huh
amik yg positif.. alhamdulillah bagus English dorang dr mama dorang ni.. hehe