Wednesday, 8 December 2010

Maha Suci Allah

Salam..

Sblm ni mama ada baca kisah kalimah Allah pada tempat yang kita tak terfikir. Antaranya kat telinga bayi, gumpalan awan etc. Allhamdulillah yg gumpalan awan tu kami saksikan sendiri depan mata di UK ni ketika perjalanan dr Utara UK ke Birmingham-nikmatnya tak terkata (itu hanya sedikit yg Allah nak tunjukkan pd kami). Harini ada pula kisah kalimah suci Allah pada daging korban. Maha suci Allah..bertuahnya orang yang terpilih daging korbannya tertera kalimah suci ni.. mudah2han iman kita semakin bertambah dengan kejadian ini... amin. Berikut artikel yang diperolehi dari UtusanOnline.



Terkejut daging ada kalimah Allah (sumber: UtusanOnline 8/12/10)


Kalimah Allah yang terdapat pada daging lembu di Kampung Air Tawar, Endau, Mersing, semalam. - utusan/Nor Azman


MERSING 7 Dis. - Seorang suri rumah yang menetap di Kampung Air Tawar dekat sini terkejut apabila mendapati hirisan daging korban yang hendak dimasaknya mengandungi urat lemak yang membentuk kalimah Allah.

Maharom Musa, 58, berkata, daging lembu korban itu diberikan oleh menantunya, Yusuf Embong, 47, yang membawanya dari Chini, Pahang, kira-kira dua minggu.

Dia mula menyedari tanda kebesaran Allah itu semasa hendak memasak daging tersebut, semalam.

"Pada mulanya saya memotong daging itu seperti biasa apabila anak perempuan saya terpandang sesuatu yang aneh terdapat pada daging tersebut.

"Bila diamati betul-betul, memang jelas urat daging berkenaan tertulis kalimah Allah malah bahagian yang tertera kalimah tersebut berbeza daripada yang lain, tidak berlemak dan tidak berbau hanyir," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini, hari ini.

Malah, jelasnya, apabila dimasak, rasanya seolah-olah, cukup dengan perisa dan dagingnya lembut serta sedap berbanding daging lembu biasa walaupun pada mulanya belum dimasukkan garam.

Maharom mengakui sejak cerita tersebut tersebar di kalangan penduduk kampung, ramai yang datang untuk melihat sendiri.

"Sebelum ini saya kurang sihat dan apabila melihat kebesaran Allah ini, saya menjadi kembali bersemangat dan bermuhasabah diri dan lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT kerana diberikan peluang untuk melihat salah satu kebesaran-Nya dan pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini," katanya.

Tinjauan Utusan Malaysia turut mendapati beberapa penduduk kampung berhampiran datang untuk melihat sendiri dan merakamkan gambar daging itu.

Saturday, 27 November 2010

Snow 2010 n Masjid

Salam...

Snow pertama di Birm bagi tahun 2010 dan snow pertama utk adik..alhamdulillah.. bangun pepagi terasa sejuk yg amat. Ayah pun jenguk keluar...wahh suma putihhh jer.. patut aaaaa... tp sejuk2 pun kena kuar gak pepagi ni.. (kan lagi best duk bwh duvet gomol budak kecik tuh.. hehe) TAPI sebab apa yer???
Alkisah smlm balik dr uni abg cakap kat mama 'abg kena tido awal sbb esok nak pi market'.. mama pelik.. nape plak ayah nak ajak abg pi market pepagi ni.. tak penah2 ajak budak sorang tu.. waima mama pun tak penah pergi market pepagi tu... (ada sekali sbnrnya..hehe) ...rupa2nya pdengaran mama ada gangguan sket... 'market' yg mama dengar tu sbnrnya masjid. Rupa2nya lepas balik sekolah abg dok tanya kat ayah.. nape dah lama kita tak pi masjid pepagi? oppppss... agaknya dia rindu nak pi solat kat mesjid sbb masa bulan Ramadhan aritu byk kali gak abg ikut ayah pi solat subuh kat masjid Jalalabad. Yer aaa lagipun masa weekdays takmo aaa kaco tido dia.. plus ayah 'noreh' pepagi.

So sbb dah promise maka ayah kena aaa kuar pepagi ni bwk abg pi solat subuh kat masjid.. hehe.. abg pun double seronok sbb: 1. dpt pi solat kat msjid; 2. dpt main snow sama... Maha suci Allah.. DIA gandakan keseronokan buat anak kecil yg nak solat di masjid.. alhamdulillah.. subhanallah. Mudah2han abg jadi seorang muslim yang rajin solat di masjid bila dewasa kelak. Aminn Ya Allah..

abg masa sambutan raya MCIB2010

Tuesday, 23 November 2010

TAHNIAH Dr Asniza

TAHNIAH buat Asniza yg berjaya melepasi ujian terakhir dalam bidang akademik beliau. Viva blangsung hampir 3 jam... mama plak yg tak senang duduk menunggu.. heheh.. alhamdulillah semuanya selesai dgn baik dan kejayaan utk beliau. Tahniah utk Dr Asniza, Shahir n Farhan sbg tulang belakang kejayaan beliau.
Kami mula2 kenal Asniza dan family melalui kawan mama, Siti Hajar. Masa tuh mama tgh mencari2 org di Birm yg boleh dihubungi dan kami diperkenalkan dengan Asniza ni.. kebetulan plak jiran kami kat Msia, K Mahani duduk serumah ngan Asniza di Birm.. cantiknya aturan yg Allah tentukan. So Asniza n Shahir lah yg carikan umah utk kami, jemput kami kat airport, teman mama register uni dan ajar kami byk benda kat UK ni. Terima kasih.. jasa kalian kami kenang sepanjang hayat. Insyaallah.

Tuesday, 12 October 2010

Budak Kaca Mata

Bunyinya cam kumpulan penyanyi tu kan.. heheh.. tp ini bukan yerrr. La ni dlm family kitorg bukan mama jer yg pakai kaca mata... kakak n abang pun dah pakai kaca mata gak.. memula tuh rasa cam tak percaya.. sbb dorang ni bayi lagi.. bak kata atuknya.. heheh

suatu waktu dahulu.. kakak n abg pakai cermin mata

Alkisah bermula bila abang sekolah kat nursery ada nurse dtg check mata n dia sedikit payah bila nak baca ngan mata kirinya... pastu dirujukkan ke paedriatik.. (alhamdulillah masa test pendengaran dia 100% perfect kang tak pasal2 kena pakai hearing aid plak).. so masa dpt surat tu kami bolayan jer sbb nmpk dia ok jerr. Dalam 2 minggu lps abg check mata kat sekolah tu... cikgu kakak plak suggest kami bawak kakak ke optician sbb dia tak boleh baca apa yg cikgu tulis kat depan... takkan aaa tak pandai baca plak lagi kan.. so disbbkan dua2 direport begitu kami pun bwk aaa ke optician... abg kat sepital sbb dia bawah 6 thn.. but kakak kat kedai optician.

Bila bwk kakak pi optician tuh mmg terkejut aaa sbb huruf BESAR gabak dia takleh nak baca.. mama plak rasa cam nak marah sbb dia takleh nak baca....so hasilnya agak tinggi gak power kakak.. kalau tak silap 1.75 (unit tak tahu..hehe).. kiranya tahap kerabunan dia bukan low level, dah medium level dah.. waduh2... optician tuh cakap sbb keturunan (cheh mama aa tuh sbb sah2 mama pakai cermin mata masa tu..huhu)..
Abang plak check lmbt sket sbb dia kat sepital... memula risau gak kalau dia sbnrnya nmpk tapi cakap tak nmpk sbb dia jeles ngan kakak yg pakai cermin mata... dorang berdua ni mmg suma nak samaaaa jerr... tp kerisauan mama terhapus sbb cara pemeriksaan dia lain utk kanak2 bwh 6 tahun ni... optician tuh pakai alat apa ntah utk terus tengok dlm mata abang... so takde aaa isu menipu disitu.. heheeh... dan hasilnya, abang pun kena pakai cermin mata gak tp power dia sikit jer.. kalau tak silap 1.25... tp kalau tgk sec fizikal mmg abg tak de problem sgt ngan pglihatan dia.. kalau kakak mmg ketara... huhuh... agaknya sbb depa ni byk main game kut...
Alhamdulillah juga kos utk kanak2 kat UK ni semua free termasuklah buat cermin mata ni... so pilih jerr aaa bingkai mana yg bkenan... kakak pilih mr smiley kut.. abg plak scooby dooo...kalau kat mesia ntah baper aa rege bingkai ni sbb dia yg ada xtra bengkok ke tepi tuh..
kakak n abg ngan kaca mata memasing.. tp boy tuh nmpk xtra hensem plak kan...heheh
ni kakak masa memula pakaikaca mata.. malu2 miau gitu

So skrg ayah ngan adik yg tak pakai cermin mata... hehehe... bagi kami bertiga plak menjajau cari cermin mata esp abg tu suka sgt letak cermin mata dia kat mana mama letak.. so mama ni mmg dah tahap kronik kerabunan.. selalu tersalah amik cermin mata dia... sabo jerr aaaa...

Sunday, 10 October 2010

Sambal Sotong

Bila sebut sambal sotong, anak2 mmg suka sangat makan sambal sotong espcially kakak.. so bila kakak suka otomatik abang pun suka.. dorang ni mmg camtu.. wpun ada satu benda yg dia sgt suka tp sorang lagi tak suka so yg sorang lagi tuh boleh jadi tak suka gak.. dan sebaliknya... tp dorang ni pun angin2... ada satu term suka makan.. pastu satu term yg lain suka makan benda lain plak.. dah mama plak jadi p'analisa makanan anak2..

Alkisah satu hari mama masak nasi lemak n sambal sotong. Spt biasa pas balik sekolah anto kakak n abg terus letak adik atas play mat dia... so dia akan guling2 sambil tgk TV... tp biasanya mata dia mmg fokus ke TV jer aaa smpi ayah balik pun dia tak hirau... daya fokus tinggi cam kakak masa kecik2 dulu... dan mama sambung ke dapur utk prepare/hidang bfast...

Biasanya mmg kami makan depan TV, duduk atas lantai jer... biasa aaa umah UK yg comel2 ni.. sbnrnya ada je umah besar tp kami tak mampu... alhamdulillah ada tempat berlindung dr hujan, panas dan snow.. So spt biasa mama letak air, sambal sotong yg panas baru angkat dr kuali dan gi dapur balik nak prepare ulam plak... tetiba dengar jeritan yg kuat... dan secepat kilat mama lari keluar.. what happened? mama tgk adik dah tumpahkan sambal sotong tuh... tgn kanan dia penuh ngan sambal n muka dia betul2 atas sambal tuh (dia dlm posisi meniarap)... kalau dia tunduk jer mmg confirm muka penuh ngan sambal yg masih panas tu.. Alhamdulillah Allah lindungi adik. Mama mengigil seluruh badan dan hilang terus semangat tgk adik camtuh...tp sempat capai dia cepat2 n buka baju dia sbb penuh ngan sambal...pastinya adik menangis.. mungkin sakit dan mungkin juga terkejut...wallahualam

Careless?? ye mmg careless sbb letak sambal yg masih panas tuh sblh adik... tp jaraknya lebih dari 1 meter... dan budak kecik berumur 6 bulan ni mmg tak penah mengesot, meniarap pun malas... tup2 arini dia boleh bergerak smpi lebih dari 1 meter hanya kerana sambal sotong!.. pelik mmg pelik camana dia boleh gerak sejauh itu... amazing pun yer.. Akibatnya.. merah gak tangan adik sbb melecur.. yer aaa smbal tu panas lagi kan.. but takler teruk sgt... tp kesannya satu hari semangat mama ilang.. huhuh... nauzubillahiminzalik... rupanya bukan kakak n abang jer yg suka sambal sotong, adik pun suka gak... hik hikadik first time beraya... atas mat tuh aaa mama letak dia hari2...
Moralnya: do not under-estimate your childs ability... wpun sekecil 6 bulan...huhuh .. so slps kejadian mmg mama tak letak dah atas lantai tuh... letak kat atas dulu bila nak makan baru letak kat atas lantai.. takpun 'ikat' dulu budak kecik tuh kat carseat dia.. hehehe..

Wednesday, 8 September 2010

Salam Aidil-Fitri


Assalamualaikum wbkt... kami berlatarbelakangkan Aston Web, University of Birmingham UK


Kami sekeluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA aidilfitri kepada keluarga dan sanak saudara serta semua yang mengenali kami. Dengan rendah diri kami mohon ampun dan maaf atas semua kesalahan kecil atau besar, baru atau lama, keterlanjuran perbuatan atau pertuturan dan mana2 yang tidak menyenangkan pihak yang menerima. Kami juga mohon dihalalkan makan minum, ilmu, persahabatan dan segala2nya. Semoga aidilfitri kali ini membawa sinar bahagia buat anda semua. Doakan kami sukses di sini.

ikhlas,

azlihan-norasnita-nurin umairah-nurhan danish haikal-ahmad nukman ukail, Birmingham UK, 8-9-10

Wednesday, 1 September 2010

Pindah.. Part 1

heheh jangan marah siap ada part 1 plak kat tajuk tu kan.. ni nak cerita pasal pindah umah. Tiba2 jer kami kena pindah umah di hujung2 pengajian mama kat sini. Alhamdulillah dugaan dari Allah yang ada hikmah yang besar disebaliknya..insyaallah. Yer aaa sapa nak duduk umah yg tiba2 dinaikkan sewa nya sebanyak £200? kalau naik sikit2 tuh ok aaa kan.. atau kalau umah tip top tuh ok gak ler kut... ni umah kami dah terkenal ngan umah tersejuk di kalangan umah kwan2 kat Birm ni. Alkisah umah yg kami duduk sekarang ni dah dijual dr omputih ke pakistani. W'pun landloard baru ni kata kami boleh duduk smpi tamat kontrak end of Sept, tp gaya dia cakap tuh mmg sungguh2 berlagak dan menyakitkan ati... and dia ada cakap gak 'takpe I tak kisah bila2 you pindah sbb arini you kuar esok I cuci/deco umah lusa ada orang masuk'.. hampeh tak? berdesing dengar... sapa ntah yg nak sewa umah dia ni (kalau dia tak buat apa2 aaa sbb umah damp n sejukkk giler).. tgk bebudak yg dtg view umah pun berkerut2 jer muka tgk umah tuh.. so once kami dapat umah terus kami pindah.. rasa tercabar dgn keegoan lloard tu.

Lepas dia cakap sewa umah naik tuh so bermulalah house hunting kami... ada beberapa umah yg kami view tp suma over £500 n kebykan takmo contract 6 bulan... but akhirnya dengan bantuan Nik3H kami berjaya dpt umah bawah £500 n in fact sewa lagi murah dr umah skrg.. alhmdulillah. Kami confirm umah baru 25hb n 28hb decide utk pindah.. byangkanlah tuan puan semua betapa kelam kabutnya kami kemas n packing barang2.. pas sahur baru tido sat.. tu pun akhirnya byk brg2 yg kami humban jer dlm kotak2 or plastik2 sbb tak sempat nak kemas. Hidup cam dah tak tentu hala.. anak2 pun terbiar sat.. yg besar2 tuh ok aaa.. kesian ngan si comel nukman ukail... alhmdulillah dia sangat memahami ayah n mama yg tgh sibuk... sayang adik (ni kalau kakak n abangnya dengar jeles ni.. mama tuh syang kat adik jer tak sayang kat kita dah... kekeke)

Kami beritahu kawan2 pindah 29hb (Ahad) and 28hb tuh kami nak angkat barang2 yang kecik2 yg boleh kami berdua buat... tapi Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menghantar kami kawan2 dr aston n selly oak untuk pindah fasa pertama..syukur alhmdulillah.. byk trip gak walaupun dgan 3 buah van, kiranya dlm 35% dah dipindahkan. Ahad, 29hb pindah fasa ke-2 ni angkat barang2 besar plak n byk trip n van yg digunakan, yg ni mmg 95% brg dah dipindahkan.. kaum ibu pun ada yg dtg tolong mama menyental bahagian dapur.. alhmdulillah terima kasih k asmah, k dina n k wan. Sblm waktu buka sempat jenguk ke umah baru sat... Allahuakbar penuhnyaaa.. nak masuk pun takde ruang (almaklumlah umah baru ni kecik sikit dr umah lama)... n satu kerja lagi nak kemas umah baru... smpi skrg pun tak siap lagi.. penatnya hanya Allah yang tahu..alhamdulillah...

to be continued... (sbb tuh ada part i.. hehe)

Friday, 27 August 2010

Syaitan

Assalamualaikum wbt...

hehehe.. mcm ngeri jer kan bunyi tajuk tuh. Tp takde aaa ngeri pun sbnrnya, kelakar ada laaa kut. Alkisah di suatu pagi slps sahur.. ntah macam mana tetiba abg n kakak galak bertanya pasal syaitan plak (pemulaannya mama pun tak ingat).. puas aaa mama n ayah yang tak berapa tinggi ilmu agamanya menjawab sebaik mungkin (yer aaa bebudak ni kalau salah cakap kang jadi lain plak).. so ni antara soal-jawab

abang: mama .. syaitan ada kat mana2 ke?
mama: yer kat mana2.. sbb dia boleh beranak-anak tp tak boleh mati..
abang: hi syaitan.. sana sikit sempit aaa (heh.. agaknya dia mmbayangkan sesak bila ramai2 orang)
mama: dia siap ada chief tau.. nama dia iblis
kakak: apa mama? ikan bilis? (dua2 gelak sakan)
ayah: syaitan suka duduk kat tempat yang kotor2, benda kotor2.. macam kat toilet tuh syaitan suka duduk aaaa...
(tak lama lepas tuh kakak pun nak masuk toilet sbb nak ek ek).. tiba2 abg bsuara..
abang: kakak baik2 dlm tuh ada syaitan tau...
kakak: waaaaaaaaa (nangis..)

gitulah pulak jadinya... sabo jerr aaaaa

Tuesday, 17 August 2010

Alarm Sahur

Alhamdulillah dah masuk hari ke 7 kita berpuasa. Kakak n Abang pun alhamdulillah gigih berpuasa. Alhamdulillah setakat ni mmg tak miss sahur... harap2nya takkan miss sbb kesian kat budak berdua tuh. Nak kejut depa bangun sahur mmg thrill sket... kena pujuk elok2 (tp kalau tak bangun2 gak, high pitch gak jadinya..iskh isk). Tapi makan sahur pun mmg betul2 hujung2 waktu jer.. kesian gak kat dorang makan kelam kabut... sorry yerr...
Tahun ni mama ada pembantu untuk kejut ayah sahur... hehehe... elok2 mama siap hidang utk sahur jer.. 'alarm' pun bunyi... 'alarm' tuh takkan berhenti hinggalah ayah bangun n bawak dia turun ke bawah. Sapa lagi kalau bukan Nukman Ukail... heheh.. bagus tul anak mama ni.. walhal masa mama bangun utk siapkan sahur dia baru lepas menyusu n elok jerr dia tido balik. Pas tu bila dah sampai kat bawah elok jerr dia diam... bukan nak menyusu ke apa pun.. hehe kelakar pun ada...
inilah rupa 'alarm' yg baru nak bunyi

tapi kalau dah rupanya camni.. mmg takde can aaa nak tido.. heheh
Alhamdulillah genap 4 bulan Nukman Ukail pun pandai meniarap.. memula tak lama sbb maybe dia susah sket nak nafas.. tp skrg dia dah dpt lesen penuh utk meniarap... siap dah angkat2 bum lagi haaa... walaupun badannya 'besar' tp tak 'malas'...hehehe.. alhamdulillah..

Wednesday, 11 August 2010

SALAM RAMADHAN

Salam Ramadhan untuk semua.. kami mohon ampun dan maaf atas salah silap yang telah dilakukan. Mudah2han ibadah dan amalan kita diterima Allah s.w.t....dan betambah baik dari hari ke hari. Mudah2han juga tahun ini tahun terakhir kami berpuasa di perantauan, dan pulang dengan kejayaan.. aminnn Ya Allah...

Disebabkan puasa kali jatuh di musim summer so kami berpuasa dengan agak panjang tempohnya..lebih kurang 17 jam!.. mudah2han Nurin Umairah n Nurhan Danish Haikal dikurniakan kesabaran n kekuatan yang tinggi menjalani ibadah puasa.. aminn

Wednesday, 5 May 2010

050510 vs 040410

Alhamdulillah harini 05-05-10 genap usia perkahwinan kitorng 9 tahun... hadiah ulangtahun perkawinan kali ni kitorang dah dapat awal iaitu pada 04-04-10... kelahiran putera kedua Ahmad Nukman Ukail.. semoga mahligai yg dibina akan terus kekal berbahagia disamping anak2 amanah Allah... (plus mama dapat bunga ros pepagi hari dan menu istimewa 'Nasi Goreng Halia' ciptaan ayah.... terima kasih byk2 ayah).
usia 1 hari n masih di hospital
usia 1 hari - pertama kali sampai kat umah
usia seminggu - ada jaundice sket tp alhamdulillah lps tuh ok
usia 24 hari... membesar dlm tido
usia 27 hari - sama pulak aksi tidonya.. sblh tangan kat muka.. hehe
sehari slps majlis aqiqah n potong jambul, ayah botakkan rambut... kakak kat blkg tuh siap menangis tgk adik dia dibotakkan.. sedih sangat dia... kesian kakak
hensem tak saya? mandi slps acara botak rambut
usia 31 hari (gambo amik arini)... saya dah pandai senyum melebar.. dan berat sy dah 5.15kg!
... dan dah pandai bersilat.. iyyahhhhh

3 penyeri rumahtangga kami.. alhamdulillah... semoga jadi anak2 yang soleh/solehah dan berbakti pada keluarga dan agama

Tuesday, 4 May 2010

BBQ2010 n potong jambul

2 Mei 2010 diadakan majlis tahunan BBQ2010.. untuk majlis kali ni kitorg tumpang sekali majlis aqiqah n potong jambul... tradisinya mmg macam tuh setiap kali BBQ pasti ada ahli kecil baru di Birm ni dan kali ni giliran kitorg n family abg Zul n K Sue...
acara bakar membakar.. sate ayam... kambing pastinya ada sbb buat aqiqah
nurin sibuk main basikal n danish bersungguh makan sate
acara potong jambul
potong byk2 pun takpe sbb byk rambut.. hehe
2 ahli cilik baru di Birm... beza 20 hari tarikh lahir dorng.. sepatutnya beza seminggu jer tp ada org tu sedap duk dlm tummy mummy dia... hehe
'sudu telur' pengganti bunga telur... terima kasih pada yg membantu... cantik n kreatif
disbbkan cuaca yg amat sejuk... mama bkurung jer dlm khemah.. lagipun lum abih pantang takut nak renyah2 sangat..
semua berkumpul utk acara penyampaian hadiah
khemah hadiah n hamper... tema warna hijau.. heheh
kaum2 hawa yg dah juga terjebak dlm hobi kaum adam.. slr n photografi
cuba tgk posing sapa paling bergaya?.. heheh
Terima kasih pada semua yang menjayakan majlis BBQ2010 kali ni...

Tuesday, 6 April 2010

Alhamdulillah..

Alhamdulillah... ahli baru keluarga kami selamat lahir ke dunia pada 04/04/10 stlh lewat 9 hari dari tarikh EDD... berikut gambar2 di dlm birth centre.. baby yg mmbesar dlm perut.. lahir dgn berat 3.88kg pd jam 0058 04/04/10
di alam baru
dlm birth centre .. tunggu nak masuk wad
lapo.. isap jari aahh
bila mama nak siap ni??
ngan midwife yg sambut baby... comel sgt kan... n baikkk sgt..

Sunday, 4 April 2010

Alhamdulillah......New Baby Born

Penantian selama 41 minggu berakhir....... Dengan kelahiran...........






3 jam selepas dilahirkan



Nama: Nurhan Junior (sedang mencari)

Birth Date: 04.04.2010

Weight: 3.88kg

Time: 0058am

Place: Birmingham Women's Hospital, UK






Mid-wife yg menyambut baby



Mama & New Baby

Friday, 5 March 2010

Explore Cordoba De Espana

Episod terakhir di Espana.. sekitar gambar2 kat Cordoba: Madinat al-Zahra (dipercayai pusat pentadbiran suatu masa dulu) n La Mezquita (masjid yg dah ditukar jadi gereja.. but bhgian mimbar masjid masih dikekalkan dgn kalimah2 suci)

kat tapak peninggalan pusat pentadbiran Madinat al-Zahra kagum ngan senibina yg ditinggalkan cantik2 seramik tuh.. tp tumpang bgambar jer.. hehe adik kat kwsn La Mezquita dlm gereja yg dulunya masjid 4 of us blatarbelakangkan La Mezquita