Tuesday, 15 December 2009
Nurhan in Birmingham Mail
Monday, 7 December 2009
Solat dalam kenderaan
Bahan ni diambil dari Utusan Malaysia Online..
SOALAN:
Saya kerap tersekat di dalam kesesakan lalu lintas terutamanya pada sebelah petang iaitu ketika pulang dari pejabat. Saya difahamkan bahawa kita boleh melaksanakan solat di dalam kenderaan.
Bagaimanakah kaedah atau caranya, tolong ustaz jelaskan kemusykilan di atas ini.
JAWAPAN
Solat adalah satu ibadah yang diwajibkan oleh Allah SWT kepada semua umat Islam dan pelaksanaannya adalah mengikut waktu dan tempoh masa yang telah ditetapkan (ditauqitkan).
Hal ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. (al-Nisa': 103).
Perintah menunaikan solat adalah bersifat tetap dan tidak berubah. Maksudnya, meskipun seseorang itu menghadapi kesukaran untuk menyempurnakan ibadah solatnya dengan mengikut setiap hukum, rukun dan tatacaranya, dia tetap diwajibkan mendirikan solat yang telah difardukan ke atasnya dengan beberapa kelonggaran.
Dalam erti kata lain, syariat Islam memberikan beberapa kelonggaran hukum kepada orang yang dibebani dengan keuzuran atau hambatan akan tetapi syariat Islam tidak mengangkat kewajipan solat dari setiap umatnya sama ada lelaki atau wanita.
Baginda SAW pernah menunaikan solat dari atas unta, kuda dan keldai. Dari Jabir r.a. katanya: Pada suatu ketika Rasulullah SAW mengutusku untuk suatu keperluan, lalu aku pergi. Setelah selesai melaksanakan tugas itu, maka aku datang kembali kepada baginda SAW. Lantas aku mengucapkan salam, tetapi baginda tidak menjawab. Justeru timbul dugaan di hatiku, Allah sahajalah Yang Maha Tahu. Aku berkata kepada diriku, "Barangkali baginda SAW marah kepadaku kerana aku datang agak lewat. Kemudian aku memberi salam kembali, namun baginda tidak juga menjawab. Praduga di hatiku semakin bertambah. Kemudian aku memberi salam lagi, lalu baginda menjawab salamku". Lantas baginda menjawab: "Aku tidak mampu (terhalang) untuk menjawab salammu kerana aku sedang solat". Ketika itu baginda sedang menunaikan solat di atas kenderaan; tidak menghadap kiblat. (riwayat al-Bukhari, hadis 639, jil. II]
l Dari Amir r.a. katanya: Aku melihat baginda SAW menunaikan solat di atas kenderaan; baginda menghadap ke mana sahaja arah kenderaan (tunggangannya) itu menghadap. (riwayat al-Bukhari, hadis 567, Jil. II)
l Diriwayatkan daripada Jabir r.a: Rasulullah SAW pernah mengerjakan solat (sunat) sambil menunggang haiwan tunggangannya (rahilah) ke mana pun baginda menghadap dan ketika Nabi SAW hendak mengerjakan solat wajib Nabi SAW turun dari tunggangannya dan solat menghadap kiblat (Kaabah di Mekah). (riwayat al-Bukhari, hadis 569, jil.2)
Tatacara solat
Terdapat pelbagai tatacara atau kaedah yang telah digariskan oleh Islam termasuklah tata cara solat di dalam kenderaan.
Ia sama ada kenderaan tersebut bersifat terbang di udara seperti pesawat kapal terbang atau jet mahupun kenderaan daratan seperti kereta, lori atau kenderaan lautan seperti kapal, bot dan perahu.
Baginda SAW dan juga para sahabatnya pernah menunaikan solat di atas tunggangan mereka bagi mengelak dari terperangkap dalam cuaca hujan lebat.
Dalam satu riwayat Ya'la ibn Murrah menerangkan bahawa para sahabat pernah bersama-sama baginda SAW dalam satu perjalanan lalu sampai ke satu lembah sedang baginda berada di atas kenderaannya; dan langit pula sangat mendung dan di bawahnya sangat basah.
Tatkala masuknya waktu solat baginda memanggil muazinnya lalu muazinnya melaungkan azan dan iqamat. Baginda lantas maju dengan kenderaannya dan solat berjemaah bersama mereka (para sahabat). Baginda memberi isyarat yang sujudnya lebih rendah dari rukuknya.
Hadis di atas jelas membolehkan solat-solat fardu dilaksanakan di atas kenderaan jika seseorang itu menghadapi suasana kesukaran. Solat sebegini adalah tetap sah jikalau kesukarannya itu adalah benar-benar ikhlas dan ia tidak perlu diulangi.
Dalil lain yang membolehkan solat di atas kenderaan ialah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah ibn Umar r.a. bahawasanya seorang sahabat telah bertanya kepada baginda SAW: Bagaimanakah cara untuk saya bersolat dalam perahu? Lantas baginda menjawab: "Solatlah di dalamnya dengan berdiri kecuali jika engkau takut tenggelam".
Imam an-Nawawi mengatakan: Menurut pendapat mazhab kami (Mazhab Shafie), apabila seseorang menunaikan solat fardu di dalam kapal maka tidak boleh baginya mengerjakan solat dengan duduk selama sanggup berdiri. Diserupakan orang itu dengan keadaan di darat. Demikianlah juga pendapat Imam Malik dan Imam Ahmad bin Hanbal.
Menurut pendapat Imam Abu Hanifah, boleh dikerjakan dengan duduk kalau kapal itu sedang bergerak.
Kaedah menunaikan solat fardu atau sunat adalah sama alam apa jua situasi sama ada di darat, di udara atau di lautan melainkan apabila timbul kesukaran maka kesempurnaan gerak laku solat itu berkurangan selari dengan kadar kesukaran yang dihadapi.
Ia mempunyai kesamaan dengan kaedah solat orang yang sakit dalam beberapa keadaan dan berbeza pula dalam beberapa keadaan lain.
Perintah menghadap kiblat tetap hadir dalam ibadah solat fardu tanpa terkecuali berbeza keadaannya jika melakukan solat sunat berdasarkan hadis Jabir r.a yang disebutkan tadi.
Berdasarkan pernyataan saudara, dalam situasi yang terdesak adalah lebih baik jika saudara menunaikan solat sebelum keluar dari pejabat. Ini kerana masuknya waktu solat asar sekarang pada jam 4.27 petang. Kebanyakan waktu kerja tamat adalah pada jam 5 petang.
Sememangnya tidak menjadi halangan kepada saudara/saudari untuk menunaikan solat terlebih dahulu sebelum balik.
Tambahan pula keadaan jalan raya ketika itu agak sibuk, sesak dan barangkali ditambah pula dengan kemalangan-kemalangan yang tidak diduga berlaku di jalan raya.
Pendek kata, sebelum membuat keputusan untuk menunaikan solat dalam kereta, saudara/saudari seharusnya berikhtiar mencari tempat atau lokasi yang bersesuaian untuk menunaikan solat.
Solat haruslah ditunaikan di tempat yang bersih dan menghadap kiblat serta didahului dengan wuduk. Jika tiada tempat untuk solat maka tetaplah bersolat di tempat duduk sendiri (atas tunggangan atau dalam kenderaan) dan solatlah dengan sujudnya ditunduk lebih rendah dari rukuk.
Namun, jika tidak dapat menunaikan solat dengan menghadap ke arah kiblat pada ketika itu saudara perlu bertaharri dan meyakini bahawa saudara telah menghadap ke arah kiblat lantas berserah diri kepada Allah swt.
Wallahu a'laam
Wednesday, 11 November 2009
Dumfrise, Scotland
Monday, 9 November 2009
Dan daun pun berguguran....
Wednesday, 21 October 2009
Sekitar Raya 2009
bila smpi kat Birm plak... pasangan ni aaa antara yg menjemput kitorng kat airport n duk umah dorang lebih kurang seminggu sblm masuk umah sendiri... seriau oooo memula jumpa sbb dua2 muka serius... dalam hati '..apesal aaaa org ni takmo senyum sket..'.. heheh... tp tu first impression aaa sbb tak kenal... la ni ko aku jer n kepala ting tong cam kitorng gak.. alhamdulillah...
bebudak berdua ni pun rapat ngan uncle n untie ni... kalau lama tak gi umah dorang musti asyik dok tanya bila nak gi umah untie... untie n uncle plak sabo jer melayan...ada masanya budak berdua ni lagi dengar cakap untie dia dr mama..huhu so mama ada 'senjata' baru.. gunakan nama untie.. hehehe... tgk aaa bgambar ngan uncle n untie boleh plak bsopan n baikkkkk jer kan...
sebhgian hero2 di Birm
sebahagian heroin2 plak
seminggu slps raya kami buat open house bersama... so inilah host bersama umah terbuka Dawlish Rd: -rahim-jury-azli kami siap dirikan khemah... cam kerja kawen plak kan... tp thn ni mmg kebykan open house ada khemah... jadi trend plak... lagipun umah idaklah berkecah sgt...
tukang msk bsama (yati-mama-k asmah) lepak n layan tetamu2 akhir... masa tgh kemuncak mmg tak terlayan..
tn umah bsama lelaki plak bsama tetamu2 last..
Thursday, 1 October 2009
Ke Kebun Epal
Friday, 18 September 2009
Salam Aidil-Fitri... Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga
Insyaallah kami akan menyambut raya buat kali ketiga dibumi permaisuri ni.. persiapan mmg amat sederhana (takde pun sbnrnya)... tp sbb anak2 excited dan merasai keseronokan menyambut Hari Raya (mungkin disebabkan mereka bepuasa: kakak takat ni tinggal sehari sbb ikut trip sekolah seharian.. kesian pulak kalau dia puasa; adik plak tinggal 6 hari sbb bila dah mula sekolah kesian nak suh dia puasa sbb di peringkat reception pembelajaran adalah melalui permainan dan byk melakukan pgerakan)... mama pun try buat beberapa biskut kegemaran mereka... yer aaa nak watkan baju raya tak reti nak mjahit.. huhu... seronok tgk mereka happy!
Tahun ni kami sentimental sket.. dolu2 bila dengar lagu2 raya esp Dendang Perantau, etc. tak bermakna apa2... tp la ni.. huhu.. rindu sangat2 dah rasanya ngan family.. apa boleh buat... rezeki kami masih disini. Utk FAMILY esp mak bapak + mak abah.. lagu ni khas utk kalian (sorry aaa entry syahdu plak kali ni...)
credit to clasky85
credit to zunubi100
Friday, 21 August 2009
School Holiday
lajuuu buaiku laju.. org main buai duduk dia pi berdiri plak
kakak dgn penuh semangat 'swing' adik.. jgn smpi jatuh noo
last2 dorang main sesama... bagus tul budak2 ni cepat jer mesra
Thursday, 20 August 2009
Menjejaki Robin Hood
9 Ogos yg lepas kitorang pi menjejaki Robin Hood di Robin Hood Festival.. Buleh tahan ramai pengunjung yg datang smpikan kitorng tak dpt parking yg disediakan.. terpaksa parking jauh sket n menapak ke tempat festival... memula sbnrnya mcm dah tawar ati sket tp sbb dah dtg dr jauh... kena aaaa pergi gak tgk apa yg ada kat festival nih
Adalah aktiviti yang ada disediakan utk pengunjung... kitorang tak cuba pun sbb nmpk mcm ramai jer yg bkerumun... so tgk dr jauh jerr
Kakak n adik try gak benda alah ni.. dulu2 kalau kat kg pakai tempurung kelapa... tak sangka kat UK pun ada gak 'terompah' ni.... heheheh
Yang ni plak sheriff rasanya.. tp dia ni di pihak yg btentangan dgn yg atas tadi aaaa... mmg cenge muka dia.. waktu ni dia pancut air mineral tuh kat penonton cilik kat bhgian depan... termasuk aaa budak berdua tuh sbb depa buleh menyellit ke bhg depan..