Showing posts with label macam2. Show all posts
Showing posts with label macam2. Show all posts

Friday, 6 May 2011

Karenah

Arini satu hari uruskan pasal SP punya problem..(berapa byk masa ku terbuang.. uhuk uhuk)


Pagi, attend viva ngan LCS.. defend apa yang patut.. n resultnya: kena email evidence yg kata kita pindah dr umah tu (tp kalau viva sbnr: nak result pass with minor correction.. kalau without lagi bagus.. mana tahu ada rezeki kan..aminnn... mana tahu Allah dgr n kabulkan..aminn... berangan adalah free of charge!... :D)


btts..so terus tuju ke company landlord nak mintak surat tp dia holiday kat oversea.. balik pakistan aaa tu agaknya... mintak cik yg duk kat meja reception tu buka dokumen n buat surat kata kami dah pindah.. tak berani plak dia. I'm only his granddaughter.. erkkk.. dah dewasa tul cucunya..padahal muda lagi appearence si landlord tu..


Pastu try mintak tlg landlord lama... dia ni cam biasa dlm phone mmg very helpful, suma no problem, tapi... but the latest I can give the letter is on Monday.. today I'm busy all day, tommorow my relatives will come and I have to prepare for my daughter's party.. sunday is the party...
hmmmm... yer la busy sgt aaa awak yer.. tp dia suh aa email apa yg kitorg nak tu...tu pun lum tentu leh dapat gak


Pastu ayah suggest pi umah lama.. mama dah terkeciwa dah.. so suh ayah je deal.. pastu yg kuar adalah si cantik manis yg sgt membantu.. tak lama ayah panggil mama sbb dia kata depa pakai SP gak.. so macam pelik aaa pulak kan? takkan tamak sangat si SP ni

kitorang: you bayo tak bil nya? (stlh dialih bahasa)
si cantik manis: bayo.. kami bayo!!!.. tiap bulan kami bayo
kitorang: oo yer..boleh tak nak mintak nama and akaun so kami leh bagi kat LCS
si cantik manis: ok boleh..nama sy.. 'ann je liqqqq'
mama ngan ayah dah terpinga2 n senyum.. pelik ke beno nama budak ni.. mukanya cantik.. haha..oppss
si cantik manis: ok ni nama saya (sambil tunjuk bil air...)
kitorang: boleh tak nak tgk bil api.. so kami boleh ambik no akaunnya sekali..
dia masuk umah n tak lama kuar
si cantik manis: oo sy mintak maaf .. bil ni atas nama awak laa..


sabooo jerrr lahhh.. agaknya selama ni dia ingat duduk umah tu cuma kena bayo bil air jer ke? abih masak, heater, fridge, freezer, lampu tu suma bayo kat company air gak ke? tp kami takde lah marah kan... pastu mintak pinjam tenancy agreement dia.. dia bagi plak...
yg misterinya no akaun SP tu dah lain dari yg kami ada... agaknya bila SP tgk ada penggunaaan kat situ .. n takde orang baru yg register... so terus dia letak nama mama.. ohh bijaknyaa... lagi satu disbb dia anto ke Dawlish manalah kitorng nak tahu masalah ni.. takkan lerr kitorng tiap bulan nak gi ke umah tu walhal dah dpt hitam putih final bil dari SP??..


so ptg br dapat email LCS n kempilkan ngan tenancy budak tu, tenancy kami n bil terakhir yg kami dapat dari SP.. mudah2han selesai masalah ini... aminnnn ya Allah.


TP kan lum selesai masalah SP ni dah dtg dugaan baru.. masalah council tax umah Dawlish lg.. walhal aritu dah settlekan.. n pakcik tu kata suma dah settle.. tup2 smpi surat lagi tp no akaun dah lain.. hmm byk tul masalah umah Dawlish ni.. redha je lah.. mudah2han ada jalan penyelesaiannya.. kdg2 rasa mcm nak ignore jer tp takut masalah lain plak timbul.. hmmm dan hmmm dan hmmmmmm.......

Thursday, 28 April 2011

Kejutan di malam hari...

Smlm balik sekolah mmg terasa sangat lapar.. tambahan plak teringat2 ayam bakar K Dina (sbb resepi dari dia kan..).. tp pagi tu dah kenyang makan benda lain so takde ruang utk ayam bakar tu... sudahnya kat sekolah teringat2 jer ayam tu.. kekeke... Ooo tp bukan nak cerita psl ayam bakar tu (yg tu buat n3 lain kalau rajin.. hehe).. so bila ayam bakar n nasi dah dipanaskan... sedappp jer mama makan smpi satu pinggan nasi yg memula rasa amat byk .. licin... alhamdulillah (haii camnalah tak deboom kan..huhu)..

dah kenyang n masa duduk2 tetiba ayah tanya... 'aritu masa pindah umah mama dah tutup akaun ScottishPower ke?, mama jwb ' dah..nape?' Pastu ayah hulur satu surat... bila mama bukak, terbuntang biji mata tgk angka2 dan titik perpuluhan kat surat tu...Ya Allah... dugaan datang lagi.. alhamdulillah3x (tp tgn dah menggigil2)... tetiba rasa nak demam seram sejuk seluruh badan.. pastu ayah cakap 'ayah saja bagi mama makan kenyang2 dulu... sbb ayah dari tghari dah tak lalu makan bila dpt surat tu'... hmmmm

Alkisah surat tu dtg dr pihak ke3 utk kutip bil yg tertunggak dari bulan 8 hingga bulan 3. Kat sini agak2 sst company tak dpt nak detect customer dia akan pas pada pihak ke3. So surat tu pasal akaun ScottishPower (bil elektrik) yg tak dibayar untuk tempoh tersebut di 196 Dawlish Rd, umah lama kitorg.. angka kat depan titik perpuluhan tu bukan satu.. bukan dua.. bukan tiga.. tapi empat! pengsan!!!

Yg kelakarnya boleh dia tulis.. 'dari penyiasatan kami anda tidak membayar bil tersebut kerana telah berpindah rumah...' rasa mcm ntah hapa2 kan... dah tahu kita pindah lagi mau charge! ntah sekolah ke tak dorang ni... gerammmmmm... pastu ada ayat sambungnya aaa... '... dan anda bertanggungjawab terhadap pembayaran bil, sila telefon segera utk bincang cara bayaran..' ...rasa saat tu gak nak terbang balik Malaysia....apa plak tak pasal2 mama yg kena bayar?.. padahal mmg sah2 kita tak duduk situ n mama dah tutup akaun tu (tp risau gak aaa sbb takde hitam putih dari ScottishPower yg kata kita dah tutup sbb mama buat online semuanya)... but alhamdulillah stlh mengqeledah ayah jumpa bil terakhir dari ScottishPower... dan mmg sah2 dia tulis kat situ 'Your final bil'.. lega sket, sbb ada bukti yg kita mmg dah jelaskan suma bil... tp mama tak call lagi pun company tu.. bagi tenang sket hati baru nak call.. kang kalau tak emosi plak..

benda ni berlaku mesti disbbkan tenant/landloard umah Dawlish tak bayo bil... sesuka hati jer tau duduk tp tak tahu bayo bil.. ada benda free ke? nyusahkan orang. Yg company penyiasat ni pun satu.. nak kerja mudah terus buat keputusan previous tenant kena bayo..undang2 mana ntah dia pakai.. semak2 aaa dulu n gan ScottishPower tu.. takpun pi aaa umah tu ketuk tanya sapa duduk situ sblm nak terus tuduh org yg mmg cukup jaga part2 bayo bil, sewa dan apa2 yg melibatkan duit yg bukan hak kita ni (opps tak berniat nak puji diri ye)...tp rasanya byk org camtu.. akan asingkan duit utk bil2 n sewa2 ni kan.. sbb dah tjwb kan... tp bila kena camni... rasa sungguh teraniaya di bumi asing ni.. waaaa!!!.. nak balik.. nak balik.. org2 sini suma dah mula tak suka kitorang n saja je cari pasal (tp keje lum siap!.. camno?)
Apapun..mudah2han ada penyelesaian... mungkin ada hikmah tersembunyi... antaranya : nak suh mama prektis viva (speaking)! huhu.. viva tu.. apa2 je lah.. kena aa berangan2 dulu kan.. hehe

**bebel2 ni mcm aa dorang phm kan.. sbb suma BM.. kih kih

Thursday, 31 March 2011

Berpada-pada

Wanita mengandung biasanya mmg dikaitkan dgn mengidam.. asal usul wanita mengidam ni tak tahulah dr mana.. agaknya dr kisah dulu yg bini sapa ntah mengidam nak makan nangka yg nak dipersembahkan pada raja tu kut.. hehehe... tp mmg ada kaitan ke? atau itu satu cara nak bmanja2 ngan suami...


Alhamdulillah 3 kali pegnen rasanya takdelah mengidam benda yg pelik. Secara jujur tak mengidam pun tp bila dah org asyik dok offer nak makan apa .. kita pun apa lagi.. sebut jer aaa kan... heheh.. alhamdulillah ayah layan jer tekak mama... thanks ayah!


Tapi baca berita arini.. malangnya si isteri yg tgh mengandung ni..tak pasal2 kena belasah sbb ngidam yg pelik2... tp mmg tak boleh nak salahkan suami gak... dah suami tu balik kerja mestilah penat..pi mintak yg pelik2 buat apa... kut ye pun tunggu lah sekejap (ingatan utk diri sendiri gak ni)... kandungan plak baru 2 minggu.. rasanya nak mkn pelik2 ni idakler seawal tu kan.. wallhualam.. apa pun moga jadi teladan dan ingatan (terutama utk diri sendiri).. nak bermanja biarlah berpada2 dan kena pada tempatnya yer kwn2... Semoga semua menempuh alam rumahtangga yang bahagia di samping suami dan anak2. Aminnn...


Kat bwh ni berita yg disiarkan di hmetro online (31 March 2011)...........

Belasah isteri hamil mengidam


KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang hamil empat bulan cedera di kepala dan badan apabila dipukul suaminya selepas dia mengidam buah kelur atau munggai serta lempuk durian dan meminta suaminya mendapatkan dua jenis makanan itu.


Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin di sebuah rumah di Bandar Baru Sentul, di sini, wanita terbabit yang berusia 28 tahun dipercayai ditumbuk dan ditendang suaminya yang berusia 30-an. Sumber berkata, ketika kejadian si suami baru pulang dari kerja sebelum mangsa memintanya keluar dan membeli makanan berkenaan kerana dia mengidamkannya serta memberitahu tidak dapat tidur jika tidak memakannya. “Lelaki terbabit yang berkemungkinan tertekan dengan tugas di tempat kerja dan belum sempat berehat tiba-tiba berang sebelum memarahi isterinya itu.

Tindakan lelaki terbabit menyebabkan berlaku pertengkaran selama lebih 20 minit sebelum si suami gagal mengawal kemarahan dan menendang serta menumbuk isterinya. Walaupun isterinya itu berulang kali merayu dikasihani dan mengatakan bimbang kandungannya itu terjejas, ia langsung tidak dipedulikan. “Selepas melepaskan geramnya, lelaki terbabit keluar dari rumah dengan meninggalkan isterinya sendirian,” katanya. Difahamkan, mangsa mula meminta pelbagai makanan dan buah-buahan yang sukar diperoleh di ibu kota kepada suaminya itu kerana mengidam selepas doktor mengesahkan dia mengandung sejak dua minggu lalu.


Sebelum kejadian kelmarin, lelaki terbabit cuba memenuhi setiap permintaan isterinya, namun hilang pertimbangan selepas tidak tahan sikap isterinya yang sering meminta makanan yang pelik dan sukar didapati. Sumber itu berkata, mangsa yang cedera menghubungi rakannya sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, untuk pemeriksaan. Bagaimanapun, mangsa hanya dirawat sebagai pesakit luar dan tidak menjejaskan bayi dalam kandungannya. Selepas berbincang dengan ahli keluarga, mangsa yang bimbang perkara sama berulang tampil membuat laporan di balai polis menuntut tindakan diambil terhadap suaminya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.

Friday, 25 February 2011

Aiskrim

Malam tadi ada terbaca kat paper..
dok argue2 ngan ayah..pasal hukum.. tp abih camtu je aaa diskusinya..
arini kuar plak kat online news..

'London restaurant selling breast milk ice cream'

namany 'Baby Gaga'..
(agaknya Gaga tu diambil sempena Lady Gaga punya kepelikan kut)
siap ada supplier tu... utk menambah pendapatan katanya.. hehheh
wpun amountnya sikit.. tp mcm tak kena gitu kan..
tak mustahil satu hari nanti ada susu tepung susu ibu plak..(ke dah ada?)
hmm...mcm2 dorang ni kan..

berita lanjutnya di [SINI]

pst: agak2 kekeringan wang kat UK ni .... hhehe.. gurau je...

Tuesday, 15 February 2011

Coca Cola

Sangat terkejut bila mama baca 'secret resepi' minuman popular ni:

sumber: disini

* Fluid extract of Coca 3 drams USP
* Citric acid 3 oz
* Caffeine 1oz
* Sugar 30 (it is unclear from the markings what quantity is required)
* Water 2.5 gal
* Lime juice 2 pints 1 qrt
* Vanilla 1oz
* Caramel 1.5oz or more to colour
* 7X flavour (use 2oz of flavour to 5 gals syrup):
* Alcohol 8oz
* Orange oil 20 drops
* Lemon oil 30 drops
* Nutmeg oil 10 drops
* Coriander 5 drops
* Neroli 10 drops
* Cinnamon 10 drops

Yang lain2 tu OK lagi tp bila nmpk Alchohol... terkejut sungguh!..sbb dulu2 sangat suka minum Coca Cola ni, skrg jarang tp minum gak kadang2.. jahat betul musuh Islam ni..
'Ya Allah ampunkanlah kesalahan yang telah kami lakukan akibat kelemahan kami...'
Agak2 minuman bergas yg lain ada alkohol tak???

Sunday, 6 February 2011

Special Delivery

Tanpa dijangka2 dapat 'special delivery' arini..
pagi2 nampak benda tu dalam skrin computer jer..
tak sangka mjelang mlm boleh nmpk benda tu depan mata..
so apa lagi.. kitorang kenduri anak beranak..
Trillions thanks to Mimah for the superlicious cheese cake and choc cake..
dan terima kasih juga pada delivery girl nya..
mama aims cheese cake.. ayah n anak2 choc cake..
Alhamdulillah ada rezeki kitorang makan kek arini.. :D

Thursday, 6 January 2011

Dilema Landloard

Salam...
bila baca petikan berita kat bawah ni.. teringat rumah kitorang yang sudah tertunggak 5 bulan bayaran sewanya.. hmmm..sewanya pun bukannya mahal, lebih sikit jer dr sewa dlm petikan akhbar kat bawah ni.. penyewanya bukanlah menganggur mcm penyewa dlm petikan akhbar kat bawah ni.. kalau tgk keta penyewa kami confirm tak caya dia tertunggak sewa umah 5 bulan.. heheh.. ayah silalah buat tindakan susulan yer..
** agaknya baper bulan aaaa penyewa kat bawah ni tak bayar sewa yer sampai tuan umahnya sanggup menikam dia.. nauzubillah.. moga kami dilindungi Allah dari melakukan sebarang kekasaran sesama makhluk..

kat UK ni lain plak.. kitorng bayo sewa tiap2 bulan on time, duit akan masuk akaun landloard setiap 24hb tak pernah miss.. tapi akhirnya kami 'dihalau' gak (sbb dia jual umah yg kami sewa.. so rasa mcm dihalau aaaa sbb tak abih lagi contract)... hmmm.. macam2


kat bawah ni petikan berita yang diambil dari hmetro online 6 Jan 2011...

Ditikam gagal lunas sewa rumah

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim; Shamsul Munir Safini dan Noozieyantie ‘Alia Adnan
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Hanya kerana gagal melunaskan tunggakan sewa rumah selama sebulan, seorang lelaki berusia 35 tahun cedera parah akibat ditikam tiga kali di bahagian belakang badan, leher dan pipi oleh pemilik rumah terbabit di rumahnya di Jalan Ipoh di sini, pagi semalam.

Difahamkan, mangsa yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, masih tidak sedarkan diri namun keadaannya dilaporkan stabil.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek berusia 41 tahun ketika pemilik rumah terbabit datang memungut duit sewa.

Menurut sumber, mangsa sudah menyewa rumah milik suspek berusia 41 tahun itu sejak setahun lalu.


“Disebabkan dia kini menganggur, mangsa tidak dapat melunaskan bayaran sewa terkini lebih RM400 menyebabkan tuan rumahnya berang sebelum berlaku pertengkaran dan pergelutan antara mereka,” katanya.


Timbalan Ketua Polis Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, berkata kejadian itu disedari rakan mangsa berusia awal 30-an yang menumpang bermalam di rumah seorang lagi rakan mereka di bawah rumah mangsa sebaik terdengar bunyi bising.

“Disebabkan bimbang sesuatu berlaku, rakan mangsa (pengadu) segera naik ke rumah rakannya untuk melakukan pemeriksaan.

“Dia terkejut apabila mendapati mangsa terbaring di kawasan ruang tamu rumah berkenaan dalam keadaan berlumuran darah,” katanya.

Zainuddin berkata, rakan mangsa segera menghubungi pihak berkuasa melaporkan kejadian berkenaan sebelum sekumpulan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian bersama sebuah ambulans.

“Mangsa dikejarkan ke HKL untuk mendapatkan rawatan susulan. Mangsa cedera akibat ditikam di belakang badan, leher dan pipi namun keadaannya kini dilaporkan stabil,” katanya.

Menurutnya, gerakan memburu suspek akhirnya membuahkan hasil apabila dia berjaya ditahan kira-kira sejam kemudian berhampiran kawasan berkenaan namun senjata yang digunakannya masih belum ditemui.

“Pemeriksaan awal mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah. Kita percaya ketika bergelut dengan mangsa, suspek berada di bawah pengaruh dadah.

“Dia (suspek) akan di bawa ke mahkamah esok (hari ini) untuk mendapatkan reman. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

Wednesday, 5 January 2011

Biskut Kaya

Banyak-banyak biskut.. biskut apa yang kaya?
heheh jawabnya Rich Tea la kan... :)

dulu2 mula sampai bumi permaisuri ni dok pelik... rich tea? tak menggambarkan nama biskut langsung. Tapi biskut rich tea ni sbnrnya saudara kandung (kembar sbnrnya) ngan biskut merry kat Msia nun.. bezanya kat sini kat biskut tu ada tulis 'rich tea' kat Msia 'merry' (kut!!.. lupa dah.. kerrr 'biskut merry'? 'merry' ke 'marrie'? alaaa malas nak cari rujukan.. heh).

Alkisah anak2 suka sangat makan biskut ni... tiap kali lepas makan nasi jadi macam kewajiban plak.. mesti makan biskut rich tea ni cecah air teh (agaknya sbb tu dinamakan rich tea.. sedap dimakan bila cecah air tea.. hehe). Kalau kehabisan stok mula aaa bising.. alhmdulillah murah jer rich tea ni kat sini.. 37p pun leh dpt... tapi tekak bebudak ni bila dah makan yg mahal sket jadi demand.. huhu.. takpelah asalkan korang nak makan... kudut2 suma dorang ni (mama je yg deboom!.. plus adik.. hehe).. disbbkan kebiasaan dorang ni mama ayah pun dah terikut.. huhu..

Dan dgn adanya rich tea ni gak.. boleh aaa mama buat kuih kegemaran .. biskut(kek) batik n kek lapis asam... kek batik tu simple jer.. tp kek lapis asam tuh...masyaAllah.. lama nya nak siap (yer aa kena kukus selapis demi selapis kan).. jwabnya sekali tuh jer aaa buat.. sbnrnya dah teringin balik nak mkn kek lapis asam tu... brg2 suma dah standby.. masa jer yang kurang mengizinkan.. ada sesapa volunteer nak buat tak?

** arini mkn rich tea ngan cecah air kopi kat opis.. tu yg tetiba nak menulis kat blog.. :)

Wednesday, 1 September 2010

Pindah.. Part 1

heheh jangan marah siap ada part 1 plak kat tajuk tu kan.. ni nak cerita pasal pindah umah. Tiba2 jer kami kena pindah umah di hujung2 pengajian mama kat sini. Alhamdulillah dugaan dari Allah yang ada hikmah yang besar disebaliknya..insyaallah. Yer aaa sapa nak duduk umah yg tiba2 dinaikkan sewa nya sebanyak £200? kalau naik sikit2 tuh ok aaa kan.. atau kalau umah tip top tuh ok gak ler kut... ni umah kami dah terkenal ngan umah tersejuk di kalangan umah kwan2 kat Birm ni. Alkisah umah yg kami duduk sekarang ni dah dijual dr omputih ke pakistani. W'pun landloard baru ni kata kami boleh duduk smpi tamat kontrak end of Sept, tp gaya dia cakap tuh mmg sungguh2 berlagak dan menyakitkan ati... and dia ada cakap gak 'takpe I tak kisah bila2 you pindah sbb arini you kuar esok I cuci/deco umah lusa ada orang masuk'.. hampeh tak? berdesing dengar... sapa ntah yg nak sewa umah dia ni (kalau dia tak buat apa2 aaa sbb umah damp n sejukkk giler).. tgk bebudak yg dtg view umah pun berkerut2 jer muka tgk umah tuh.. so once kami dapat umah terus kami pindah.. rasa tercabar dgn keegoan lloard tu.

Lepas dia cakap sewa umah naik tuh so bermulalah house hunting kami... ada beberapa umah yg kami view tp suma over £500 n kebykan takmo contract 6 bulan... but akhirnya dengan bantuan Nik3H kami berjaya dpt umah bawah £500 n in fact sewa lagi murah dr umah skrg.. alhmdulillah. Kami confirm umah baru 25hb n 28hb decide utk pindah.. byangkanlah tuan puan semua betapa kelam kabutnya kami kemas n packing barang2.. pas sahur baru tido sat.. tu pun akhirnya byk brg2 yg kami humban jer dlm kotak2 or plastik2 sbb tak sempat nak kemas. Hidup cam dah tak tentu hala.. anak2 pun terbiar sat.. yg besar2 tuh ok aaa.. kesian ngan si comel nukman ukail... alhmdulillah dia sangat memahami ayah n mama yg tgh sibuk... sayang adik (ni kalau kakak n abangnya dengar jeles ni.. mama tuh syang kat adik jer tak sayang kat kita dah... kekeke)

Kami beritahu kawan2 pindah 29hb (Ahad) and 28hb tuh kami nak angkat barang2 yang kecik2 yg boleh kami berdua buat... tapi Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menghantar kami kawan2 dr aston n selly oak untuk pindah fasa pertama..syukur alhmdulillah.. byk trip gak walaupun dgan 3 buah van, kiranya dlm 35% dah dipindahkan. Ahad, 29hb pindah fasa ke-2 ni angkat barang2 besar plak n byk trip n van yg digunakan, yg ni mmg 95% brg dah dipindahkan.. kaum ibu pun ada yg dtg tolong mama menyental bahagian dapur.. alhmdulillah terima kasih k asmah, k dina n k wan. Sblm waktu buka sempat jenguk ke umah baru sat... Allahuakbar penuhnyaaa.. nak masuk pun takde ruang (almaklumlah umah baru ni kecik sikit dr umah lama)... n satu kerja lagi nak kemas umah baru... smpi skrg pun tak siap lagi.. penatnya hanya Allah yang tahu..alhamdulillah...

to be continued... (sbb tuh ada part i.. hehe)

Tuesday, 9 June 2009

Ingatan & Kasih Sayang

Syahdu betul tgk youtube ni.. haiwan pun boleh ingat kat manusia yg penah jaga dia. Macam manalah ada anak yg boleh lupa kasih sayang yg mak ayah dorg bagi..pastu hantar ke umah org2 tua.. atau dibiarkan sorang2 kat kampung tanpa tanya khabar berita.. waa lagi syahdu aaa plak bila sebut kampung.. huhuhu.. Mudah2han kita jadi anak yg sentiasa mengenang jasa orang tua.. dorang tu dah cukup gembira kalau kita just telefon n bertanya khabar. Mudah2han kita jadi anak yg sentiasa ingat kepada org tua n gembirakan mereka selagi mereka masih hidup..ataupun kita kena ingat.. kalau skrg kita lupa kat mereka jgn disesalkan kalau kelak anak kita pun lupa kat kita.. nauzubillahhiminzalik..

Monday, 1 June 2009

Pesawat AirFrance hilang!

Arini terbaca pasal kapal terbang AirFrance yang tetiba hilang dr radar slps blepas dr Rio ke Paris. Pesawat AF447 ni bawak 216 penumpang n 12 krew. Salah sorang pakar sykt penerbangan dr UK beri komen "It almost unthinkable for a western European airline just to go missing like this!" (dr UK mesti dlm English kan..hehe). Dan tetiba mama rasa berdebar2 sbb end of this month bakal naik pesawat AirFrance ni ke Italy utk conference..huhu.. Ya Allah ya Tuhanku..mudah2han selamat perjalnanku pergi dan balik.. AMIN...

ni salah satu laporan news..(kat Utusan Msia pun ada laporkan psal kehilangan pesawat ni gak)
(source: http://uk.news.yahoo.com/4/20090601/twl-search-for-missing-air-france-plane-41f21e0.html)

Thursday, 23 April 2009

Proposal

Hari ni mama buka email fakulti.. tup2 dapat email dari sorg calon PhD utk jadi dia punya supervisor..lengkap dgn full proposal... alahai mama pun dok merangkak2 lagi nak belajar wat PhD ni dah ada yg propose utk jadikan supervisor plak.. heheheh.. tp mcm rasa tercabar laa plak kan. Dorg ni agaknya tak tgk dulu ke particular kita masa send email... main pukul rata jerr.. apa pun sbnrnya menarik gak proposal dia tuh.. :)