Showing posts with label ayah. Show all posts
Showing posts with label ayah. Show all posts

Friday, 15 June 2012

Semoga Allah permudahkan

Bismillahirrohmaaannirrohiiimm..

Minggu ni dan minggu depan adalah final ayah.
Tarikh-tarikhnya adalah 12/6, 14/6, 15/6 dan 19/6..
Mudah-mudahan ayah dapat pertolongan yang hebat dari Allah SWT..
Mudah-mudahan ayah diberi ketenangan semasa menjawab soalan..
Mudah-mudahan ayah dapat menjawab semua soalan dengan betul..
Mudah-mudahan ayah dapat 3pointer ke atas
aminnn..

Kesian ayah, minggu sblm peperiksaan ayah sangat sibuk..
Sibuk dengan tugas yang diamanahkan kpdnya..
Kami tak penah tgk ayah sibuk macam ni..
So disebabkan kesibukan tersebut ayah tak cukup masa utk study..
Tapi semangatnya tetap jitu.. mudah2han Allah permudahkan urusan study ayah sehingga berjaya..
aminnn..

So kami ditinggalkan seminggu..
5 tahun yang lepas mama takde masalah ditinggalkan..
ayah cuma balik seminggu sekali... selama setahun lebih..
tapi kali ni.. mama rasa sangatttt takut..
takut sbb xtvt rompak/curi yang tgh hot di kwsn perumahan kami...
macam2 bayangan buruk yg bermain di kepala..
so lepas isyak jer mmg berkurung dalam bilik..
mudah2han Allah pelihara keselamatan kami anak beranak..
aminnn



Thursday, 16 February 2012

Selamat Berjihad Ayah!

Alhamdulillah...

Hari ini Khamis, 16hb Februari 2012, secara rasminya Ayah berjaya memulakan langkah pertamanya untuk merialisasikan impiannya berjihad dalam bidang ilmu. Impian yang ter'tunda' sejak 2007 akibat bayak permasalahan esp kewangan + birokrasi wpun surat tawaran belajar sudah jelas ditangan.

Alhamdulillah berkat kesabaran dan kesungguhan Ayah dan rakan2nya yang ingin sama2 memajukan diri, mereka berjaya menjadi warga kampus di selatan tanahair. Bukan setakat diterima menjadi siswa malahan mendapat pembiayaan kewangan juga... alhamdulillah alhamdulillah..alhamdulillah.. sesungguhnya perancangan Allah sememangnya yang terbaik untuk hamba-Nya yang sabar dan berusaha.

Kami berdoa mudah2han Ayah dan rakan-rakannya diberikan kekuatan, kesabaran, kemudahan dan keberkatan dalam menimba ilmu.. sehingga berjaya menamatkan pengajian dengan kejayaan.. aminnnn Ya Allah..