Thursday, 23 June 2011
Tangisan..
Dialah yg paling byk mulut..
Dialah yg paling nakal..
TAPI arini dia menangis..
Bkn sbb kena marah..
Bkn sbb kena pukul..
Bkn sbb jatuh..
TAPI sbb dia tak sempat nak solat Zuhor..
Alhamdulillah...
Ya Allah.. lindungilah anak2 ku.. dan jadikanlah mereka anak2 yang soleh dan solehah.. aminn
Friday, 17 June 2011
Cheese cake + Pizza Bread mama..
dlm pada duk pk jadi ke tak jadi.. dlm kepala siap dah set.. kalau tak jadi maka habuan tong sampah aaa nmpknya.. agaknya berkat anak2 yg rajin menolong alhamdulillah menjadi.. smpi ayah kata pasni takyah beli dah kek secret recipe!.. ye ye oooo je kan.. tp mmg sedap pun.. puas makan! berbaloi beli tin kek baru semata2 nak buat cheese cake ni.. :D
Wednesday, 25 May 2011
I got a Phd!
Mudah2han Allah kurniakan rezeki tersebut dalam masa terdekat.. Amin..
Alkisah..lately mama buat/review data analysis dan ada aaa lukis2 cam kat atas tu..
so bila mood buat kat umah kdg2 biar jer buku n kertas2 berselerak atas meja..
Tak sangka satu hari si kakak buat draw yg serupa (tp tak sama) kat satu kertas n tunjuk kat mama..
'Mama.. I got a Phd!'
Aduss kakak, kalaulah semudah itu.. dah lama kita makan durian kat Msia nun.. hehehe
Apa agaknya maksud tersirat kakak ye?
a. bila mama nak siap kerja ni..
b. cepat2 mama, kami nak balik Msia!
c. eleh senangnya PhD.. kakak pun boleh buat..
ps: sbnrnya rasa bersalah pun ada sbb anak dah hint2 cenggitu... huhu
Sunday, 22 May 2011
Al-Fatihah
Sedih dan sebak membaca beritanyanya..
Moga mereka semua termasuk dalam golongan yang beriman..
..dan kelak diberi balasan Jannah oleh Allah SWT..
Moga ahli keluarga dan rakan terdekat sabar dan tabah dgn ujian ini..
Al-Fatihah
Friday, 20 May 2011
Kopi punya hal..
Jahatnya mereka memperdaya orang Islam..
Dulu pernah dengar pasal kopi yang dicampur gelatin babi ni dilaporkan di JB..
so kitorng rasa lega sbb bukan di Kluang...
tapi tak sangka sungguh rupa2nya ianya adalah kopi stesen kluang kegemaran kitorng.
Mmg kitorg bukan penggemar kopi tp bila diperkenalkan dgn kopi ni.. terus rasa suka.
Kat kedai ni chasier, pelayan dll suma org Melayu.. tak nmpk pun bangsa lain
Customer tu biasa aaa pelbagai bangsa
Nak dpt seat utk makan pun bukan senang..
kena booking n tunggu org bangun baru leh dpt tempat.
Siap sblm fly ke UK sanggup naik ketapi dari Kulai ke Kluang utk minum kopi n roti bakarnya.
Kalau family kirim barang, kopi ni laaa salah satu yg mesti ada dlm parcel tu..
nauzubillah.. rupa2nya ada sst yang tersembunyi
kalaupun ditakdirkan kopi tu sbnrnya takde gelatin
NO MORE to kopi stesen kluang
'Ya Allah.. ampunkan keterlanjuran kami'
Harap2nya mereka ni dijatuhi hukuman yang seberat2nya
sbb.. memperdaya umat Islam..

sumber berita dan gambar
Nafi jual kopi gelatin babi
ahmadtajol@hmetro.com.my
KLUANG: Tiga bersaudara yang juga pengarah syarikat Rail Passion Sdn Bhd, pengeluar Kluang Rail Coffee mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas dua pertuduhan menjual kopi mengandungi gelatin babi di premis mereka tanpa melabelkan kewujudan asid deoksiribonukleik (DNA) haiwan itu pada pembungkusan.
Selain tiga pengarah syarikat itu, dua pemilik kilang dan syarikat yang membungkus kopi campuran untuk jualan syarikat Rail Passion Sdn Bhd turut didakwa di mahkamah sama, semalam.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Rasidah Abd Radzaz di hadapan Majistret Norhabsarina Ayob manakala lima individu itu diwakili peguam S Selvarajah.
Berdasarkan pertuduhan pertama, tiga pengarah terbabit, Lim Jit Chiang, 37, Lim Jit Tong, 42, dan Lim Jit Chen, 58, didakwa menjual serbuk kopi dalam bungkusan mengandungi DNA babi, antara jam 3 petang hingga 4 petang di salah sebuah premis mereka di Jalan Tasik di sini, 25 Mac lalu.
Mereka didakwa menjual serbuk kopi dalam bungkusan belum dibuka itu kepada pegawai Jabatan Kesihatan Johor, Amezatul Aida Mohd Daim dan selepas dianalisis Jabatan Kimia Petaling Jaya, Selangor, didapati terdapat DNA babi di dalam serbuk kopi itu.