Thursday, 1 October 2009
Ke Kebun Epal
Friday, 18 September 2009
Salam Aidil-Fitri... Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga
Insyaallah kami akan menyambut raya buat kali ketiga dibumi permaisuri ni.. persiapan mmg amat sederhana (takde pun sbnrnya)... tp sbb anak2 excited dan merasai keseronokan menyambut Hari Raya (mungkin disebabkan mereka bepuasa: kakak takat ni tinggal sehari sbb ikut trip sekolah seharian.. kesian pulak kalau dia puasa; adik plak tinggal 6 hari sbb bila dah mula sekolah kesian nak suh dia puasa sbb di peringkat reception pembelajaran adalah melalui permainan dan byk melakukan pgerakan)... mama pun try buat beberapa biskut kegemaran mereka... yer aaa nak watkan baju raya tak reti nak mjahit.. huhu... seronok tgk mereka happy!
Tahun ni kami sentimental sket.. dolu2 bila dengar lagu2 raya esp Dendang Perantau, etc. tak bermakna apa2... tp la ni.. huhu.. rindu sangat2 dah rasanya ngan family.. apa boleh buat... rezeki kami masih disini. Utk FAMILY esp mak bapak + mak abah.. lagu ni khas utk kalian (sorry aaa entry syahdu plak kali ni...)
credit to clasky85
credit to zunubi100
Friday, 21 August 2009
School Holiday
last2 dorang main sesama... bagus tul budak2 ni cepat jer mesra
Thursday, 20 August 2009
Menjejaki Robin Hood
9 Ogos yg lepas kitorang pi menjejaki Robin Hood di Robin Hood Festival.. Buleh tahan ramai pengunjung yg datang smpikan kitorng tak dpt parking yg disediakan.. terpaksa parking jauh sket n menapak ke tempat festival... memula sbnrnya mcm dah tawar ati sket tp sbb dah dtg dr jauh... kena aaaa pergi gak tgk apa yg ada kat festival nihAdalah aktiviti yang ada disediakan utk pengunjung... kitorang tak cuba pun sbb nmpk mcm ramai jer yg bkerumun... so tgk dr jauh jerr
Kakak n adik try gak benda alah ni.. dulu2 kalau kat kg pakai tempurung kelapa... tak sangka kat UK pun ada gak 'terompah' ni.... heheheh
Wednesday, 19 August 2009
Sizzling Mee
Jangan marah aaa mee ni siap dihidangkan dlm hot plate n asap pun masih berkepul2 lagi haaa.. sebijik cam yg kita order kat kedai.. tgk mesti terliur punya lahhh... tak mahal satu plate £5 jerr .. hahaha bsamaan lebih kurang RM30! kayo makcik
Resepinya simple jerr... tp kalau korang nak resepi yang lagi canggih (n lagi susah bagi kami yg sukakan ke'simple'an ni.. heheh alasan) tanya jerr aaa kat chef google.. mcm2 ado! tp sbb karier woman cam kami ni busy (busy sungguh!)... asal ada rupa n rasa sket2 jadi aaaa wat tipu2 tekak yg semakin demanding....
KUAH
Cara-caranya (kuantiti korang agak2lah):
1. Tumis bwg merah dan putih yg telah dikisar / tumbuk sehingga wangi
2. Masukkan ayam yg dah dipotong kecil, biar empuk
3. Masukkan sos tiram, kicap pekat (kicap biasa pun boleh), air (nak kuah lebih, letak lah banyak air)
4. Masukkan dried mushroom yg telah direndam dahulu (rendam hingga kembang)
5. Masukkan cili kering (yg telah di potong2 lbh kurang 3cm), garam, gula secukup rasa
** Masukkan tpg kastad sket kalau nak kuah pekat sket... sbb ada org suka pekat ada org suka cair...
MEE + KUAH
1. Panaskan plate...renjis2kan air ke dalam plate tersebut
2. Masukkan mee (egg noodles), kemudian masukkan kuah yg telah disediakan
3. Masukkan telur dan sawi (tak kisahlah, nak separa masak or sepenuh masak)
4. Siap..bolehlah di makan ( pastikan panas yg buleh dimakan.. kalau dak melecur lidah langsung hilang deria rasa.. tak best aaa jadinya.. hehehe)
** kalau takde plate pandai2 aaaa adjust.. but bdsrkan pengalaman kalau masak sekali terus byk kureng sedap... yg bestnya setiap pinggan masak asing2.. maksudnya msk kuah tuh byk2 then bila nak makan baru buat portion yg berasaingan...
